ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 October 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London Part 1

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.. haha gempak kan tajuk entry ABT kali ni..saje je nak feeling sikit. Seperti yang dijanjikan insyaALLAH dalam entri ini sy akan memuatkan beberapa warkah penting perjalanan pencarian ilmu di bumi Allah ini. Bukan apa,sekadar perkongsian agar dapat membantu serta memudahkan sesiapa sahaja sahabat2 di luar sana yang berhajat untuk sama2 mengembara mencari ilmu di bumi Britain ini.Especially untuk para lepasan DIPLOMA macam ABT lah..untuk lepasan SPM/matriks dan sebagainya boleh refer penulisan lain insyaALLAH.

NIAT 

Straight to the point,proses pertama untuk belajar di UK (mengikut flow yg ABT lalui lah). Pertama mesti betulkan niat! hehehe.. ya memang benar best sangat dapat belajar dan pergi ke negara orang,apatah lagi negara2 yg empat musim katanya... Hehehe...namun perkara pertama sekali adalah untuk kita sama-sama betulkan niat. Niat untuk menuntut ilmu itu yang perlu diletakkan sebagai asas tunjang utama pengembaraan ekspedisi ini. InsyaALLAH ianya akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Sama2 kita niat dan perbaharui niat.

PERMOHONAN

Ramai bertanya,bagaimana untuk kita mohon universiti di luar negara ni. Senang sahaja,kalau ikut pengalaman ABT ianya adalah satu urusan yang cukup mudah sebab kita boleh terus mendapatkan bantuan daripada agen2 pendidikan di Malaysia.Contohnya dalam kes ABT ni,saya menggunakan agen MABECS klik sini  www.mabecs.com . Jadi urusan permohonan untuk ke universiti di UK ni akan di bantu dan diurus kan SECARA PERCUMA oleh MABECS ni. 

Urusan di MABECS ni kalau by phone tak mudah sangat,kena pegi juga ke office mabecs dan ask them face to face. Itu lebih mudah dan senang untuk anda.Pihak mabecs akan tanya anda ambil kursus apa dan adakah sudah mempunyai pilihan mana-mana universiti.Kalau tidak ada lagi your consultant will show you the best option according to your courses. BILA NAK PEGI JUMPA MABECS? The answer is : NOW! SEKARANG! Biar awal orang kata slow-slow kayuh. Tapi my advice is sempat lagi kalau dah dapat result Semester 5. Jadi nanti pihak mabecs akan guide kamu semua sampai lah urusan permohonan settle.

Perlu diingatkan setiap kali permohonan dia akan ada bayaran,tak silap dalam RM200++ in US Dollar payment made by credit card.Dan boleh apply untuk LIMA Universiti per application.Ala macam UPU lah...

Selain bayaran,apa lagi yang diperlukan ? 
1) Result time kita Semester 5
2) IELTS ( My suggestion,tanya betul2 samaada universiti yang kamu pilih ada perlukan atau tidak.Sebab kebanyakan universiti,hanya perlukan result GCSE (time SPM ENGLISH 1119 kita tu) itu sudah memadai for admission.Tetapi banyak jugak la yg perlukan IELTS ni,Jadi kena sit for that exam awal2 lah.Make sure all the preparation well done.Sebab harga dia bukan RM6 but RM660 ... huhu... sadiss...

Permohonan ni make sure kamu semua keep on track apa2 yang diperlukan nanti akan diberitahu kemudian,jadi pastikan kamu semua sentiasa up to date dengan status permohonan.

All in all,tidak ada apa pun yang perlu dirisaukan dengan permohonan universiti,sebab kalau anda pilih untuk bersama dengan AGENSI macam mabecs ker ADP ke dan sebagainya lagi.Ianya amat lah memudahkan.

Ada banyak lagi perkara yang anda perlu drisaukan sebenarnya.. insyaALLAH akan diberitahu dalam next entry... 

Bersambung Part 2 

6 comments:

Anonymous said...

abang hazwan pergi uk ni ada biasiswa ke melalui mabecs ni? ke mohon tanpa biasiswa?

Hazwan Mohamad said...

Biasiswa. Nantikan entri seterusnya,sabar ye hehe

Anonymous said...

Salam bang . Saya tgh study kat matriks . Saya dpt program dua tahun which means ada 4 sem . So kalau saya nak study uni luar negara , pihak uni luar negara akan kira cgpa kita from 1st semester sampai sem 4 or mcm mana ?

Hazwan Mohamad said...

Wsalam. Kalau dari Matriks saya tak berapa pasti sangat. Tetapi kebiasaannya CGPA dikira dari sem 1 hingga sem terakhir. CGPA adalah total GPA bagi kesemua semester pengajian.

syafiq zainal said...

Offer letter kena tunggu berapa lama? Abang dulu berapa lama tunggu offer letter sampai?

Anonymous said...

Abg hazwan..u know wht,kta bru tnya someone bout u,sekali trjmpa ur blog. Alhamdulilah �� u inspired me alots. Kta pon studnt diploma perakaunan from UiTM Lendu. Kta skrg sem 5 (last sem). Bleh ke kta mohon guna result sem 4??