SELAMAT DATANG - WELCOME - CROESO - WILLKOMMEN - HUANYING Aku menulis bukan kerna nama... Tetapi demi perjuangan ALIF BA TA ~Agama,Bangsa & Negara~ PERHATIAN: Segala entri adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis,anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau mengaksesnya.Segala komen adalah dibawah tanggungjawab individu.
ALIF BA TA
20 October 2013
SUARA ANAK MUDA KULN
Assalamualaikum wbt
Ada sahabat di Tanah Air bertanya tatkala sy menyertai Kelab UMNO Luar Negara(KULN) ini sy tidak akan lagi berupaya mengkritik parti ini?Adakah sy tidak akn menyokong sahaja apa jua yg dilakukan hanya kerana mahu kelihatan seiring dan sejalan dgn parti?
Jawpan sy :
Sy baru setahun jagung dlm mengenali dunia politik yg penuh dgn pancarroba.Maka andai anda pernah mengenali sy sblm ini,anda akan tahu apa jawapannya.
Menyertai KULN ini bukanlah beerti sy tidak lg akn mengkritik kesalahan dan apa jua kekhilafan yg parti United Malay National Organisation lakukan.Bukan juga beerti sy akn mengangguk setia dgn apa juga tindakan yg tdk menguntungkan ummah sama sekali.
KULN ini pun sebenarnya bukanlah sebuah platform yg terbaik bagi sy utk mencari batu asas yg kukuh.Bukan jg pentas paling asas utk sy men"cari makan".(Sejarah telah membuktikannya).
KULN ini kalau anda amati melalui Perlembagaannnya sendiri ianya adalah sebuah kelab NGO yg berorientasikan prinsip mengutamakan agenda kebajikan para pelajar/mahasiswa/wi di luar negara. Sama juga di sini,walaupun baru,sy melihat Kelab UMNO Wales (KUWales) sentiasa memberi sokongan dan dan bantuan walaupun tdk byk kpd mana2 kesatuan pelajar Msia.Dan tidak beretorik politik semata.
Kita sedar akan tanggungjawab dan hakikat sebenar bahawa masih lagi bergelar MAHASISWA. Dan sy sendiri tdk pernah lari daripada prinsip bawaha MAHASISWA masih perlu cakna dan bersifat professional. Jauh sekali utk menjadi pak turut atau lebih popular dikenali sbg "macai", sy akan tetap membawa agenda ALIF BA TA.
Prinsip kita mudah,yang mana betul dan benar kita sokong dan sanjung,yg mana salah dan batil kita tentang hingga ke akhirnya dalam apa jua isu.Ingat,mahasiswa bukan lembu yg dicucuk kondonya,eh silap,hidungnya! Sy yakin rakan2 mahasiswa sy diluar sana juga sama.Yang benar kita sanjung yg batil kita sanggah,walau siapa pun kita berhadapan.
Terima kasih.Terima kasih kerana sentiasa memberi persoalan dan pertanyaan yg memberi tanda peringatan buat diri ini.Sungguh sy tidak akn pernah berubah utk berada di laluan ini,kerana prinsip yg di ajar kepada sy adalah "untuk mengubah apa yg salah dan bathil,UBAH lah dari dalam"...
Rasulullah SAW pun berdakwah di dalam masyarakat.Menyusup masuk di tengah2 jahiliyyah untuk sama2 membawa perubahan,bukannya menawan dan mengubah masy. jahiliyyah dari luar. (Betulkan sy jika sy salah)
Saya tinggalkan anda satu persoalan utk difikirkan bersama :
"Jika bukan kita,siapa lagi?"
HAZWAN MOHAMAD
Cardiff,Wales,
United Kingdom.
20 Oct 2013
08:14am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment