Assalamualaikum w.b.t buat semua...
Alhamdulillah syukur ke hadratNya mash diberi kesempatan menepuh satu lagi tahun baru...syukur padaMu ya Allah kerana masih lagi tegar memberi subsidi umur nikmat dan usia ini pada hambaMU yang acapkali melanggar laranganMu dan kerapkali meninggalkan suruhanMu. Ya Allah tiada pa yang aku harapkan dari datangnya tahun baru ini disisiku kecuali pengampunanMu terhadap segala kesilapan dan kesalahan ku yang lepas. Ampunkanlah dosa-dosa kehinaan ku ya Allah. Demikian jua pengharapanku agar Engkau terus meredhai ku dan membimbing aku dan membawa hijrah ku ini sentiasa disisimu...Aku amat berharap ya Allah agar Hijrah kali ini benar-benar membawa erti penghijrahan buat diriku...AMIN YA RABBAL A'LAMIN...
No comments:
Post a Comment