SYUKUR kehadrat illahi akhirnya setelah beberapa bulan berada di UITM ALOR GAJAH lendu melaka ini ana sudah memiliki kekuatan sendiri. bermula dengan panggilan yang diberi kepada ana iaitu TOTIK (TOKOH POLITIK) yang diberi semasa musim induction kolej dulu.,ana kini bergelar seorang MT ( MAJLIS TERTINGGI) kolej KASTURI dengan memegang portfolio sebagai MT KEROHANIAN. ana juga turut menjadi pilihan rakan-rakan dan sahabat2 seperjuangan ana dalam kelab MEDIA(MEMBERS OF DIPLOMA IN ACCOUNTING) iaitu fakulti yang ana belajar sekarang ini. alhamdulillah ana telah dipilih menjadi MT juga iaitu dengan memegang portfolio MT TUGAS-TUGAS KHAS. insyaALLAH ana akan memegang jawatan yang ana kira cukup mencabar ini dengan sebaik mungkin. Semoga rakan-rakan dan para sahabat seperjuangan ana diluar sana dapat memberi tunjuk ajar dan juga menyokong ana dari semua arah. semoga perjuangan ana di sini bersama antum2 semua diberkati Allah yang MAHA ESA. semoga ana dipermudahkan olehnya dalam memimpin diri sendiri dan rakan2 lain ke arah kebaikan. AMINN
No comments:
Post a Comment