ALIF BA TA

ALIF BA TA

05 May 2010

bersabarlah...

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga halnya dengan sabar. Sabar akan menaikkan darjat seorang mukmin itu dan membezakan darjatnya dengan mukmin yang lain. Di samping itu, sabar juga dapat menghilangkan sifat takabbur dalam diri dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia supaya kita merindui akan kenikmatan syurga yang berkekalan. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan meyakini bahawa tiada yang berkuasa di dunia ini melainkan Allah swt. Sabda nabi saw: “ Sesungguhnya jika Allah menyayangi sesuatu kaum, maka Dia akan mengujinya ”.






Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar…~

Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Ada masalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
Setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda tinggal tarik keluar je taugeh tu…”
Pesakit : “……….?”

No comments: