ALIF BA TA

ALIF BA TA

31 December 2013

Bangkit !

Walau apa pun interpretasi terhadap lagu ini,saya tetap menerimanya sebagai salah satu idea dan ilham yang tidak pernah sirna dalam pembikinannya. 

Tahun 2013 dan tahun2 yang mendatang ini, aku tamsilkan sebagai tahun kebangkitan. Kebangkitan apa? Tamsil lah dengan hati dan pendirian yang jelas dan kukuh. 

Apa yang pasti, kebangkitan itu haruslah memberi kebaikan pada perjuangan hakiki,perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair kita. 

i)
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula.

Cuba perhati pada liuk lentuk lirik ini. Bukankah bercerita tentang kita? Tentang kita yang semakin lama semakin layu, dan menyeru akan kebangkitan anak muda demi kelangsungan agamanya, bangsanya, dan tanah pertiwinya.

ii)
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Cuba perhati pada tajamnya lirik ini. Bukankah bercerita tentang kita? Mengajak ummat yang lena dalam tidurnya, bahawa kini, bukan lagi senjata ditaruh dihadapan mata, namun otak yang bergeliga bakal menawan dunia.

iii)
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Cuba perhati akan klise nya lirik ini. Bukankah ia bercerita tentang kita? Menyuluh gelap dalam terang. Memimpin upaya dan kudrat bahawa penyatuan ummat itulah hakikat.

Cukupkah sekadar kita memerhati tetapi membutakan mata zahir dan mata hati ? Cukupkah sekadar kita mendengari tetapi memekakkan telinga? Apakah nasib ummah ini, andai kita hanya sekadar pandai berbicara, tetapi kosong isinya?

HAZWAN MOHAMAD
CARDIFF
30/12/2013
7.40PM


http://www.youtube.com/watch?v=u-wP-KoudSg

28 December 2013

Baca,Fikir,dan Laksana

Ketika Nabi SAW ditanya tentang zaman pemerintahan Islam dan masa akan datang... 

"Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. 

Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. 

Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. 

Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. 

Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam." 

(HR Ahmad)

Wadah Perjuangan Ummah Beragenda

Assalamualaikum wbt

Kadangkala hidup ini terlalu memberi tumpuan pada kehidupan duniawi semata. Sampai kita terlupa akan hakikat sebenar perjalanan yang dipinjamkan Tuhan. Kita kadangkala terlupa akan asas kehidupan yang bersifat sementara semata2. Hidup kita, sejak dilahirkan mungkin berlegar semata dengan makan, minum, belajar dan bersosial. 

Kadangkala bila kita disentakkan dengan persoalan perjuangan dan agenda dalam kehidupan, kita jadi kaku dan lesu. Ya! Perjuangan dan agenda dalam kehidupan! Dan yang pasti ianya tidak bersifat keduniaan semata2. 


Agenda kehidupan ada dua pilihan. Untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dengan pangkat darjat dan harta bertimbun ATAU pilihan kedua untuk menjadi hebat dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.  Agenda peribadi, itu juga dinamakan perjuangan. Namun sejauh manakah perjuangan itu menafsirkan kehidupan manusia di alam akhirat kelak? Sejauh mana ilmu dan kekayaan yang kita kejar untuk kepentingan peribadi semata2. Adakah kita lupa bahawa ada jalan yang lebih baik daripada itu? 

Agenda UMMAH? Apa itu agenda ummah? Adakah ianya hanya bersifat ukhrawi semata? Perjuangan atau agenda Ummah ini sebenarnya bersifat keuntungan di dunia dan juga di akhirat. Ada yang memandang perjuangan agenda ummah ini, akan menyebabkan kemunduran dunia. Tetapi terpulanglah kepada sesiapa dan bagaimana mereka menafsirkannya.

Apa agenda ummah ini? Saban hari secara sedar atau tidak, perancangan musuh2 Islam semakin hebat perancangan mereka dalam menghancurkan ummah ini. Dari sehebat2 angkatan tentera mereka turunkan untuk menghancurkan negara umat Islam, sehinggalah kepada propaganda syaitan mereka dalam menghancurkan aqidah ummat ini melalui media2 masa yang kini ibarat barah yang merebak dalam ummat ini. 

Islam. Tiada apa yang boleh dibanggakan kita? Semuanya sudah robek dan berdarah bernanah dan busuk di mata sesiapa sahaja. Hatta ada sesetengah daripada kita sendiri, yang malu dan jelik untuk mengaku diri ini Islam dan Muslim. Sebab apa? Sebab musuh2 kita sudah pun berjaya. Di mana sahaja, di negara2 ummat Islam, perpaduan antara kita begitu rapuh. Kerapuhan inilah yang menyebabkan ummah ini dipandang jelik dan hina. 

Islam itu syumul. Sempurna. Serba serbi agung dan ulung. Namun sayang seribu kali sayang, penganutnya lah yang menghancurkannya. Malu kita bilamana orang bukan Islam menjauhi agama ini disebabkan perangai dan karektor kita yang jahil agama dan memalukan serta ada yang menakutkan mereka sehingga mereka memandang serong terhadap agama yang maha hebat ini.

Kita terlupa suatu ketika dahulu, kegemilangan zaman Islam yang membuatkan zaman kegelapan menjadi terang. Kita terlupa bahawa suatu ketika dahulu 2/3 dunia kita tawan. Kita terlupa bahawa langkah pejuang2 Islam dan para Daie' bukan kecil. Mereka lah yang membawa Islam kepada suatu zaman yang mengagungkan. 

Tetapi mungkin juga kita lupa hingga kini. Kejatuhan keagungan dan kegemilangan Islam itu juga berasal dari ummat ini sendiri. Tatkala kuasa pangkat harta dan juga darjat menjadi pertaruhan. Kita lupa asas agama. AlQuran dan Sunnah ditolak dan diinjak. Para ulama dipandang sepi. Para ilmuwan tidak lagi menjadikan ALLAH tempat bergantung. 

Ya! Semuanya disebabkan hasil tangan ummat ini juga. Menghasilkan kerosakan pada bumi tuhan yang penuh dengan khazanah tidak terperi. Tangan ummat ini juga yang menghancurkan saat2 kegemilangan yang dibina dari pimpinan Muhammad SAW, para sahabat dan khilafah! 

Jadi? Apa agenda ummah ini ? Adakah agenda kita hanya berlegar disekitar kekayaan dan harta pangkat darjat peribadi sahaja? Atau agenda kita adalah untuk membangunkan kembali asas perjuangan demi menyahut seruan ALLAH dan NabiNya. Apakah sudah tarbiyah hati dan diri ini untuk turut serta dalam perjuangan membawa kembali zaman kegemilangan Islam di bumi ALLAH ini?

ATAU ? Kita hanya mahu duduk saja. dan melihat. Hatta mencaci malah meruntuhkan apa yang sedang dan akan dibina? Walau siapapun kita, berjuanglah dan letaklah agenda ummah ini. Selitkanlah walau sedetik jua, tentang perjuangan demi membangunkan ummah ini. Untuk mengembalikan maruah dan kegemilangan ummah ini. 

Ingat, ALLAH tidak memandang apa hasil yang sudah kita berjaya capai, TETAPI Dia melihat apa usaha yang sedang kita lakukan demi membantu agamaNya ini ! 

AYUH MEMBANGUN UMMAH BERAGENDA!

hazwanmohamad
01.55 am
Cardiff

08 December 2013

Hakikat Sebuah Perjuangan

Hakikat Sebuah Perjuangan

Hakikat sebuah perjuangan,
Sakit disimpan, lara ditelan.
Hati penuh maki caci dihumban
Manusia akhir zaman.

Hakikat sebuah perjuangan,
Tiada kemewahan,
Hilang keduniaan,
Syahid itu impian.

Hakikat sebuah perjuangan,
Bukan semua jadikan ia sebuah impian,
Kalau ada pun kadangkala terhenti dipersimpangan,
Hanya mereka yang ikhlas mampu meneruskan tanpa halangan.

Hakikat sebuah perjuangan,
Bukan kasihan yang diumpan,
Bukan keluhan yang ingin di sampaikan
Cuma jihad dan syurga jadi pegangan.

Hakikat sebuah perjuangan
Bukankah ia sesukar sebutan,
Beratnya amanah Tuhan,
Tetapi manusia sanggup memikul beban.

Hakikat sebuah perjuangan,
Menyaksikan Konstantinopal ditawan,
Memperlihat Kota Palestine jatuh ditangan,
Pembawa panji pejuang kebenaran.

Hakikat sebuah perjuangan,
Tiada kenal pangkat yang tersemat,
Bukan rupa yang diangkat,
Usia dan umur bukan lagi had.

Hakikat sebuah perjuangan,
Siapa tidak kenal Salahudin AlAyubi.
Siapa kurang arif tentang Sultan Al Fateh,
Siapa tidak tahu tentang Khalid al Walid.

Hakikat sebuah perjuangan,
Ia pahit untuk kita telan,
Tetapi terlalu agung untuk kita simpan.
Tanpa ada sedikit pun permulaan,
Ajakan ini bukan mainan,
Untuk saya dan juga kalian!





HAZWAN MOHAMAD
12:15 PM

8 Disember 2013

03 December 2013

PERCATURAN SIAPA,UKE,MUKHRIZ

Assalamualaikum wbt


Seminggu yang 'merah' ini akan pasti lebih hangat sehangat warnanya. Persidangan kali ini walaupun tidak punya kehangatan pemilihan namun sudah tentu fokusnya pada rencana wajib Parti Keramat orang Melayu dalam manifesto KEMELAYUANNYA. 

USTAZ KAZIM ELIAS

Isu berlegar tatkala tirai PAU 2013 hampir dibuka. Lantikan tambahan MT UMNO dipilih DSN kali ini cuba menghangatkan bukan sahaja orang dalam UMNO sendiri tetapi juga parti lawan. Tidak semena-mena kisahnya Parti PAS meloncat dan melatah pabila 'ahli' nya dilantik dan diseludup masuk ke dalam parti orang Melayu ini.

Pandangan peribadi saya dalam hal ini, saya bersetuju dengan pelantikan UKE ke dalam MT UMNO. Saya pernah menulis dalam satu entri yang menyeru kepimpinan UMNO ini tidak menjauhi golongan agamawan ini. Dalam keadaan generasi muda kini yang syukur cakna dengan agama dan negara, tiada sebab musabab untuk parti terbesar orang melayu ini untuk menjauhi golongan agamawan. Bukan kerna untuk menarik undi namun itulah pendekatan yang sebaiknya sebuah parti yang menjunjung kedaulatan agama dan bangsa. 

Platform menempatkan UKE adalah sebuah landasan yang begitu baik. UKE diharapkan dapat segera mengubati luka bernanah dalam parti terbesar ummat Melayu ini. Sudah pastinya, dakwah dari dalam platform ini akan lebih 'sakit' dan perlu berhati-hati.Namun sewajarnya UKE tidak lari dari perjuangan untuk menyembuh luka UMNO dari dalam. UMNO perlu ramai golongan2 agama ini, bukan sekadar untuk menarik undi namun hakikat sebuah perjalanan kehidupan yang menuju alam akhirat yang kekal abadi. UBAH SEBELUM REBAH !

YB MUHKRIZ TUN MAHATHIR

Ada berbunyi sedikit kekecewaan dalam proksi penyokong YB Mukhriz dalam hal pelantikan ini. Ya memang benar sebagai Ketua Perhubungan Negeri KEDAH Muhkriz sudah automatik tersenarai dalam MT UMNO namun ianya tidak se'hebat' kuasa di bawah lantikan MT UMNO ini. Malah dalam kes Mukhriz ini Ketua Perhubungan Negeri tiada kuasa yang setara MT UMNO. 

Justeru pelantikan Mukhriz dalam MT UMNO adalah perlu dengan mengabil kira peratusan undi dalam kalangan ahli UMNO sendiri dalam Pemilihan UMNO lalu yang menyaksikan hanya kekalahan tipis dengan kerusi penyandangnya Hishamudin. Mukhriz tidak membawa aura Tun M. Tetapi dia membawa aura orang muda yang mahukan perubahan. Namun apa boleh buat, kalau tangan2 ghaib masih lagi menjalar dari dalam UMNO sendiri. Mungkin UKE boleh ubah kot hehehe...

p/s: Tiada apa yang boleh dibangga saat orang Melayu punya kuasa, tapi merempat dalam negara kepunyaan kita. Sedang melihat jauh sayup kedengaran laungan Hidup Melayu dari Dewan PWTC ... 

-hm-
Cardiff

Percaturan Apa,Siapa & Bagaimana



Percaturan apakah yang sedang engkau aturkan,

Setelah mandat rakyat 47% berikan,

Engkau mamah sedikit dan kau telan,


Selebihnya engkau jadikan umpan.


Lelah mendengar rintihan marhaen,


Tiada juga akhirnya kesudahan,


Sampai bila mahu akhiri kegilaan,


Adakah bila kerusi empuk itu bukan lagi 

kepunyaan?



-hm-

02 December 2013

Masih Keramatkah Parti Keramat Itu...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dalam kesibukan menyiapkan assignment yang semakin hampir tarikh akhir penyerahannya masih dikurniakan ALLAH masa dan ilham yang tidak tertahan untuk mencoret sedikit catatan di ruang ini.



Esok, akan bermulalah seminggu 'merah'. Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU2013) akan membuka tirainya esok 2-7 Disember 2013. Perhimpunan ini menghimpun beribu-ribu perwakilan Parti Keramat orang Melayu iaitu UMNO di dewan besar PWTC,Kuala Lumpur. Ya! Kuala Lumpur kota yang dulu dimiliki oleh parti keramat ini,namun sekarang tidak lagi.

PENTAS OPERA DIBUKA LAGI



Seperti biasa PAU2013 akan mementaskan lakonan opera Melayu yang cukup dramatik seperti tahun-tahun lalu. Laungan Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! akan terus kedengaran dan bergema.Itulah acapkali berlaku disetiap kali PAU berlangsung. Mendendangkan dengan penuh manis ayat-ayat memuja dan memuji kebaikan sana dan sini. 

Dan saya percaya, PAU 2013 juga akan menampilkan skrip yang sama. Siapa berani mahu menyentuh dan mencuit kisah seorang isteri Presiden dan jetnya? Kisah tangan-tangan ghaib penentu kuasa di bahagian2 tertentu? Kisah duit yang mencurah2 turun dari langit buat ahli2 untuk mengait undi? Siapa berani untuk mendendangkan nasyid PERUBAHAN dalam PAU2013 dan menyeru Sang Presiden serta isteri dan ahli2 MT nya bersama dalam melaksana perubahan diri dan juga nasional bukan sekadar melaung satu Malaysia dan menuntut perubahan dari marhaen di bawah sini sahaja.

REALITINYA

Jawapannya hampir TIADA. Jika ada pun, maka seruannya bukanlah untuk mereka yang duduk di kerusi empuk diatas pentas sana. Tetapi seruan itu teguran itu jatuh kepada mereka yang mendongak ke pentas sana. Saya melihat ini dari dahulu lagi, mereka berdegar2 dari pentas perwakilan, memekik laungan itu dan ini, supaya yang mendongak ke pentas berubah TETAPI tidak pernah lagi, perwakilan memberi AMANAT KHAS buat sang penguasa di atas pentas. Adakah ini hakikat PAU yang sebenar?

HARAPAN KESETIAAN

Walaubagaimanapun, kesetiaan masih pada prinsip yang satu. Untuk melihat perubahan dan membersihkan UMNO dari kekotoran dan kehinaan ini dari dalam. Harapan kali ini sudah pastilah mahu melihat satu anjakan paradigma yang benar2 membawa perubahan dalam pelaksanaan dan bukan hanya sekadar manis dibibir berkata2 sahaja. Biarlah apa sahaja yang dilaungkan oleh para perwakilan, membawa erti dalam pelaksanaan sehari-harian. Kalau benar masih mahu melihat parti ini bersih dan terus bernafas di bumi bertuah ini, UBAH LAH SEBELUM REBAH.

Apa2 pun, SELAMAT BERSIDANG SEMUA PERWAKILAN PARTI KERAMAT UMNO 2013 !

-hm-


30 November 2013

27 November 2013

Boikot PRK UiTM

Assalamualaikum wbt





Kehangatan Pilihanraya Kampus beberapa minggu ini pada hemat ABT tidaklah sehangat PRK yang lepas ketika mana kehangatan PRU-13 masih lagi berbara. Banyak isu sana sini. Panasnya lain macam. Tapi kali ini tanpa kelibat PRU-13 dalam sisipan perjuangan mahasiswa PRK kelihatan agak suram dibeberapa tempat tetapi masih lagi tetap membara. Beberapa IPT sudah pun menjalani PRK masing-masing ada yang menyaksikan perubahan dan ada yang kekal sama.

ABT tidak mahu ulas panjang tentang PRK di IPT lain tetapi amat tertarik dengan senario PRK UiTM. Seminggu lalu wujud beberapa pihak tidak diketahui dari dalam ataupun luar UiTM ini menjalankan kempen #BoikotPRKUiTM ... Kempen untuk memboikot PRK UiTM yang akan menjengah dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Wujud beberapa tuntutan yang sebenarnya bukanlah tuntutan yang baru dibuat tetapi sudah lama wujud dan berlegar disetiap kali tibanya PRK UiTM ini..

PRO-A & PRO-M

UiTM tidak seperti majoriti sistem PRK IPT2 lain di Malaysia yang mempunyai asas demokrasi ala Malaysia yang mempunyai TEAM A DAN TEAM B... ATAU Parti A Parti B. Tiada istilah Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa dalam rencah politik pelajar UiTM SeMalaysia. (Namun agak sedih tahun lalu ada sebuah akhbar perdana negara tulis dalam rencana UiTM PRO-A menang besar : mahu tergelak bila baca). Namun ceritanya masih sama,tidak akan lagi dari cakna anak muda betapa dunia politik Malaysia ini amat dekat dengan golongan mahasiswa. Justeru tidak dapat tidak untuk kita nafikan wujud sekelompok mahasiswa UiTM yang punyai interest yang sama dengan sistem di IPT lain di Malaysia.

TUNTUTAN DAN DESAKAN

Dalam gelojak kebangkitan mahasiswa di Malaysia masa kini, wujud beberapa desakan dan tuntutan agar mahasiswa UiTM juga tidak dilenakan dari realiti kancah politik sebenar. Berikanlah ruang dan juga peluang kepada mahasiswa di UiTM untuk merasakan sendiri pengalaman bertanding,berkempen,dan berparti (Pro-A dan Pro-M) seperti rakan-rakan di IPTA lain. Katanya pemilihan MPP UiTM ini seolah-olah hanya seperti pengundian untuk memilih ketua kelas dan tidak lebih dari itu. Dan ramai juga yang seringkali muncul dengan kata2 sinis,bahawa MPP UiTM tidak berfungsi sebagai wakil pelajar tetapi hanya wakil pihak pentadbiran sahaja.

HORMAT TUAN TANAH

Ini hanya sekadar luahan pendapat dari ABT buat rakan2 mahasiswa. ABT tetap menyokong dan boleh menerima apa sahaja arus perubahan yang ingin dilaksanakan demi melahirkan masyarakat mahasiswa yang lebih cakna.Itu tetap menjadi pendirian ABT. Ya, ABT sokong untuk dilaksanakan di UiTM sistem Pro-A dan Pro-M bila tiba waktunya. Kita harus berani membuka ruang perubahan.HIJRAH! Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, tentang BOIKOT PRK UITM itu bukanlah langkah terbaik dalam hal ini. Hormatlah TUAN RUMAH dalam apa sahaja perkara. Sudah ini cara UiTM mendidik pelajar mahasiswanya buat masa kini,maka kita kena belajar untuk hormat. Kita masuk UM,kita hormat cara mereka,kita masuk UPNM kita hormat cara mereka.. Sama juga bila kita ke luar negara,hormat pendirian dan cara mereka. Ada cara lain, berdiplomasi lah, dan harus seruan diplomasi ini hadir dari kedua-dua belah pihak. Maknanya pihak mahasiswa sendiri dan juga pentadbiran harus berani berdepan dan menyelesaikan masalah dengan cara berbincang. Biarlah ianya bukan sekarang terlaksana,tetapi kena berani mengambil langkah mula.

SEDIH CACI MAKI

Dalam masa yang sama kenapa ABT menyeru akan rasa hormat dari semua? Kerana terlalu sedih melihat perangai kita yang kita panggil MAHASISWA MAHASISWI harapan agama bangsa dan negara mencaci hina rakan-rakan lain. Ada yang membodoh hinakan rakan seagama dan sebangsa ada yang mencaci peribadi dan lebih sedih lagi ADA JUGA YANG UGUT2 MAHU BUNUH? Sedih.. saya tujukan kepada dua-dua belah pihak. Tidak terlepas siapa pun. Bersikap professional dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan bersikap lah seperti anda ada agama dan Tuhan yang memerhati setiap bait-bait kata dan perilaku setiap waktu.

HIDUP MAHASISWA

-hm-
Cardiff,
Alumni UiTM
22:28PM

24 November 2013

'Kematangan Berpolitik' Ala Generasi X,Y,Z

Assalamualaikum wbt

Seminggu dua ini gelanggang politik tanah air, kembali panas. Selepas sahaja kehangatan PRK Dun Sg Limau, tumpuan pelbagai lapisan ahlil ahlul politik negara tertumpu pula kepada kepanasan Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berlangsung kini 22-24 November 2013. Juga tidak lama lagi dua minggu selepas muktamar Pas melabuhkan tirainya, kehangatan politik tidak lagi surut-surat apabila Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU13) pula menyinggah di gelanggang politik iaitu 2-7 Disember 2013 yang akan datang.

Tidak kira lah apa jua parti yang kita dokong dan berada untuk memperjuangkannya,namun kehangatannya bagi golongan anak muda seolah-olah tiada tanda untuk surut. Dari sebelum PRU-13 sehinggalah sampai ke pascanya, anak muda tidak putus-putus bersembang soal kemana hala tuju parti dan juga rakyat.

SUDUT PANDANG PERJUANGAN

Dari sudut pendant positif, hal ini bermakna anak muda negara sudah cukup cakna akan kehidupan dan realiti sebenar dunia politik atau 'realpolitik' di Malaysia. Kini bermakna, anak muda tidak lagi hanya menjadi pak turut tetapi sentiasa peka dan cakna akan setiap denyut nadi rakyat marhaen. Tidak cukup dengan itu anak muda XYZ ini juga cukup cakna akan perihal salahlaku para pemimpin baik di sebelah proksi kerajaan mahupun sebaliknya. Anak muda hari ini, tidak lagi mahu tunduk dan angguk-angguk sahaja untuk mengiyakan apa yang bathil dan menidakkan apa yang benar atau dalam erti kata sebenar menjadi TAKSUB dalam perjuangan. Dari kaca mata perjuangan anak muda dalam Pakatan Rakyat baik PAS,PKR mahupun DAP,mereka ada tujuan dan target yang mereka impikan. Ada yang mahukan sebuah kebebasan mutlak,ada yang juga mahukan hak kesamarataan,ada yang mahukan perjuangan pendidikan,ada yang mahukan kek ekonomi yang adil dan saksama,adan yang mahukan negara ditadbir dibawah bendera panji-panji Islam sebenar. Begitu juga suasana perjuangan anak muda di dalam Barisan Nasional baik dari parti dominan UMNO, MIC dan MC,serta parti2 di Sabah dan Sarawak. Ada yang menilai dari sudut kesediaan perubahan yang dilakukan,ada yang menilai agenda tersembunyi yang didombakan,ada yang mahukan pembelaan untuk agama,bangsa dan tanah airnya dari cengkaman bangsa lain,ada yang mahukan perubahan dari dalam BN sendiri.
Ini adalah garis-garis perjuangan anak muda di bawah dua payung politik yang berbeda namun garis-garis ini adalah dimulai dengan gerakan dan kesedaran anak muda.

GARISAN IDEOLOGI PERJUANGAN

Memang benar dalam politik berbeza pendapat itu sudah menjadi satu kemestian apatah lagi apabila parti lawan memiliki ideologi yang cukup berbeza dengan parti yang kita dokongi. Namun dalam garisan perbezaan ideologi ini, ianya tidak mungkin boleh untuk menutup terus kebaikan. ABT sedih dalam melihat status-status aneh serta pelik sebahagian dari rakan-rakan tidak kisah di pihak mana sekalipun. Status yang cuba kononnya menyuntik semangat ukhwah dan persaudaran,perubahan dalam kebaikan, namun disusuli dengan kata-kata cacian. Seolah-olah cacian dan makian itu sudah menjadi satu zikir harian bagi mereka ini. Satatus pertama mengajak perubahan kearah kebaikan dan ukhwah yang erat,namun status seterusnya, rupa-rupanya perubahan dalam 'kebaikan' itu bermula dengan cacian dan makian pada sahabat2 dan saudara2 kita yang sesama Islam,sesama bangsa,dan seTanah Air hanya kerana berbeza garis pandang politiknya. Di-COP bodoh hina oleh bangsa sendiri oleh saudara seagama sendiri tatkala berbeza sudut pandang politik. Adakah ini dinamakan kematangan politik anak muda?

APA KEMATANGAN POLITIK ANAK MUDA SEBENAR?

ABT tidak mengambil jurusan politik, namun sudut pandang yang ABT tuliskan ini merupakan dari pemerhatian dari tahun ke tahun dalam dunia politik anak muda khususnya. Kita seolah-olah lupa, yang kita lawan dan yang kita caci maki itu juga manusia. Ya kalaupun itu adalah salah mereka,kebebalan mereka,adakah wajar kita untuk mencaci dan memaki mereka? Apatah lagi yang sama seagama dan sebangsa dengan kita? ABT mahu sekali melihat perubahan dalam kaca mata anak muda. Anak muda perlu sedar betapa bahawa perjuangan yang tidak berlandaskan akhlak tidak mungkin mampu mengecapi kenikmatan sebuah kejayaan. Dalam gelojak nafsu dan semangat yang berkobar-kobar ini perlukah kita mengorbankan akhlak yang kita sanjung dalam Islam yang Islam didik dan rakamkan di dalam kitab suci? Percayalah, kematangan berpolitik ala anak muda yang istiqamah dan berlandaskan ajaran Islam yang syumul pasti akan membawa kepada sebuah kejayaan menuju apa jua matlamat perjuanagan walau dimana sekalipun,dibawah payung apa pun kaki kita berpijak. Berubah lah sebelum anak muda dilihat sama sahaja dengan 'mereka' yang kita tentang. Saya terkesan dengan salah seorang rakan FB yang mengatakan bahawa siapa lagi yang boleh diharapkan tatkala melihat YB2 mengoyak kertas sesama sendiri memaki hamun didalam dewan yang sepatutnya mengangkat masalah marhaen,kalau bukan anak muda.Namun sayang sekali anak muda yang diharapkan kini lebih bersifat kiasu-kepartian dan membelakangi semangat anak muda yang mahukan perubahan,melupakan perjuangan yang kita sebut sebagai agent of change, dengan meliuk lentuk dengan pemimpin2 atasan parti politik demi kehormatan pangkat duniawi!

p/s : Tahniah Tn Hj Mohamad Sabu (Mat Sabu) menang kerusi Timb. Presiden PAS buat penggal kedua

-hm-


Cardiff

22 November 2013

Cebisan Usaha

Ini bukan cerita baru,
sembang kedai kopi tahun 90-an malah lebih lama dari itu,
titik2 sembang mencerca anak muda yang mengelitis mahu ketahuan akan dunia sebenar,
Dicerca katanya tidak siap untuk menjengah dunia sebenar,
maka apabila anak muda mula bersuara dikata melawan dan tiada adab sopan.

Sampai bila harus punya sikap sebegini,

tidakkah kau ketahui umur yang sudah menjengah belasan tahun itu sudah pun memegang senjata di medan perang 1400 tahun yang lampau, tidak kah kamu ketahuan,berapakah umur pembuka Kota Konstantinopel ? 

Maka dalam usia yang sudah menjengah 20an ini,terlalu jauh untuk aku kejar usaha mereka yang sudah berjuang demi ummah,aku tidak mampu untuk memegang sebilah belati apatah lagi M16, tidak bisa menunggang kuda belaan apatah lagi memandu jet2 pejuang.


Namun aku,kamu,dan kalian.bisa tunggangi akal untuk berjuang demi ummah. Perah akal mu bukan untuk ilmu dunia hingga alpa kisah rakan saudara kita. Jari jemari yang dimiliki bukan untuk mengepost kisah percintaan dua remaja,bukan juga mahu cari sengeketa mengolah dendam semata.


Namun aku,kamu,dan kalian bisa mencari secebis usaha untuk membangkit kan kesetiaan pada ummat ini,secebis usaha untuk menegakkan cakna dan peduli demi ummah ini.


Cara aku,kamu dan kalian mungkin kali banyak bezanya,tetapi tetap tujuannya menuju titik akhir yang serupa. 


Moga cebisan cebisan usaha ini,dinilai indah dihadapan Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


-hm-

cardiff.

Aksara Sakti 10

Bila manusia menurut nafsu,
Akal pun turut membeku.

Aksara Sakti 9

Hati-hati menjejak mimpi,
Takut realiti tidak berpijak di bumi.

Aksara Sakti 8

Lucu lihat luncai dengan bicaranya,
Kosong di akal,celaka dibibir. 

19 November 2013

Mini Cooper,Koyak Kertas dan First Lady

Assalamualaikum wbt

Sejak akhir2 ini, ABT lihat dalam seminggu mesti ada cerita panas dan hangat menguasai paparan media massa baik media cetak mahupun media elektronik. Maka sebagai generasi baharu juga, tidak boleh terlepas dengan media baru yang kita gelar sebagai media sosial yang melayarkan secara langsung pelbagai berita2 hangat dalam kalangan masyarakat. Ada yang benar,ada yang tepat dan tak kurang juga ada yang berbaur fitnah dan adu domba semata.

Lebih kurang seminggu lalu, adik2 Tahun 6 sudah pun selamat mendapatkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dari pihak ABT ingin merakamkan jutaan tahniah buat yang berjaya mendapatkan 5A dalam ujiannya dan juga yang tidak berjaya tidak mengapa,jadikan ini sebagai satu cabaran dan langkah pertama dalam menggapai impian adik2 semua. Teringat waktu dulu ketika menerima keputusan UPSR belum tahu result lagi,tapi cikgu2 dah sibuk ucap tahniah ;) Rupa2nya alhamdulillah 5A itu berada dalam genggamanku hehe... Sekolah ABT dulu tidak besar dan tidak ramai muridnya walaupun sekolah itu antara sekolah yang tertua dan berada di kawasan bandar. Kalau yang dapat 5A nya pun paling ramai dua orang, dan masa tahun ABT,hehe cuba teka? Ya ABT seorang sahajalah yang dapat... (Sila baca dengan nada motivasi pagi bukan riak dihati) !
Tapi itu bukan isunya, peristiwa itu sudah pun menjadi satu kenangan yang sudah lama ditinggalkan. Haaa... ada satu isu yang menarik perhatian ABT dan saya yakin ramai di kalangan kita juga tertarik dengan berita ini..

Isu 1 : Mini Cooper Hadiah 5A

Usahawan Ayam dari Negeri Cik Siti Wan Kembang menghadiahkan sebuah kereta Mini Cooper kepada anak perempuannya yang berjaya mendapatkan 5A dalam UPSR baru-baru ini. Isu ini hangat diperkatakan. Ada yang bersifat positif dan tidak kurang juga negatif. Sampai tahap maki hamun pun ada ABT tengok di laman2 sosial.

Pendirian ABT :

ABT tiada masalah. ABT yakin bahawa peristiwa ini, merupakan satu rahmat dan petunjuk dari Nya buat ummah memikirkan dari sudut pandang positif. Dalam kesibukan kita mencari rezeki dan berkiblatkan kota bandaraya sebagai punca rezeki, kita lupa bahawa sebenarnya rezeki tuhan itu ada di mana2. Siapa sangka hadiah Mini Cooper untuk pelajar 5A ini hasilnya daripada menternak ayam di sebuah negeri yang dimomok-momok kan sebagai negeri termiskin di negara bertuah ini. Nampak? Tuhan mahu tunjukkan bahawa manusia jika gigih berusaha,dan tidak memilih kerja,usaha bersungguh2 sudah tentu rezeki tuhan itu akan hadir kepadanya. Tidak salah si bapa mahu menghadiah kan mini cooper kepada anak yang baru sahaja mencecah usia 12 tahun itu. Kalau ikut rasional,umur sebgitu bukan sahaja lesen pun tidak boleh buat lagi malah IC pun baru nak buat di JPN bukan? Tetapi satu yang kita perlu lihat betapa Tuhan sebenarnya mahu tunjukkan pada kita semua agar memandang lebih positif dalam kehidupan demi mencari sesuap rezeki.

Isu 2 : Koyak Kertas

Dewan Rakyat di gemparkan dengan tindakan2 'luar-tabie' ahli2 yang berhormat ketika membahaskan usul. Baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang, video2 mereka kini menjadi tontonan dan bahan lawak jenaka di laman2 sosial.

Pendirian ABT :

ABT melihat perkara ini dari sudut muhasabah diri.Sudah tiba masanya, ahli2 yang berhormat ini di'kursus-motivasi'kan diri mereka dan dipanjangkan ke slot 'muhasabah diri' dalam kem itu nanti. Kecewa rasa di hati tatkala menonton perangai YB2 sekalian yang tidak ubah seperti 'manusia2' di Zoo Negara. Lupakah YB2 sekalian apa tugas utama? Lupakah YB2 sekalian bahawa anda diperhatikan dari atas ke bawah dan dimana sahaja anda berada dan apa sahaja anda lakukan? Lupakah YB2 sekalian untuk menilai diri YB2 sekalian sebelum bertindak seburuk itu? Muhasabah lah,sesungguhnya kami anak muda ini,tidak dan bukan lagi bisa dipandang sebelah mata.Kedua2 belah pihak seharusnya,bersikap professional dan bijak dalam berhujah,bukan nya bersifat kebinatangan ketika berbahas di dewan. Kalau tidak ada sedikit pun rasa malu dalam diri kalian,simpan2lah sedikit buat generasi cucu cicit yang kalian miliki !

Isu 3 : First Lady

Dewan rakyat juga turut digemparkan dengan pelbagai pendedahan negatif tentang isteri YAB PM Datin Seri Rosmah Mansor. Kenyataan terbaru berkaitan dengan penggunaan jet-jet rasmi kerajaan yang digunakan untuk kergunaan peribadi ( ISU Langkawi) dan juga pertikaian apa kah hakikat sebenar tugas seorang ISTERI YAB PM MALAYSIA?

Pendirian ABT :

Secara peribadinya saya mengagumi keperibadian YAB Isteri PM Dtn Seri Rosmah Mansor.Beliau aktif berpersatuan dan ternyata ke-aktif-an beliau ini tidak lah cuma membazir air liur sahaja.Tetapi turut membuahkan hasil Siapa yang tidak pernah dengar tentang Program Permata Negara? Dibawah program ini berapa banyak anak2 dari tadika,sekolah rendah menengah malah yang terbaru Program Permata PINTAR IPT turut di bawa dalam idealisme beliau. Itu yang perlu kita semua akui! NAMUN! Ada beberapa pesanan ikhlas dari ABT buat YAB Datin Seri.dalam perubahan transformasi yang dlaungkan oleh YAB PM,saya lihat semuanya boleh mendatangkan hasil yang bagus untuk kerajaan dan juga parti,namun menyedihkan,tatkala semuanya hampir mahu berjalan dengan baik dan lancar,keperibadian Datin Seri acapkali menjadi batu penganggu kelancaran tersebut. Mereka (musuh) ini tidak attack YAB PM,tetapi kepada siapa? Kepada THE FIRST LADY OF MALAYSIA! Dalam hal ini,banyak sudah pendapat bukan saya seorang yang menyeru agar Datin Seri mencontohi keperibadian yang ditonjolkan oleh isteri Mantan PM Tun Dr Mahathir iaitu YAB Tun Dr Siti Hasmah,dalam lembutnya dalam sopannya masih berbisa,sepanjang pentadbiran YAB Tun M tidak ada lagi isu2 yang sebesar pernah dilontar kepada YAB Tun Hasmah. Kesederhanaannya,tetap mengangkat nama beliau dipersada dunia! Maka dengan penuh kerendahan hati,saya mohon langkah pertama dari DATIN SERI PADUKA HAJJAH ROSMAH BINTI MANSOR,The First Lady of Malaysia,or whatever it is,memulakan langkah untuk mendekati perjuangan denyut nadi rakyat Marhaen. Untuk kali ini sahaja! Jangan sampai tahap perwakilan UMNO di PAU 2013 akan datang membawa usul supaya ISTERI PRESIDEN PERLU BERJIMAT CERMAT =)


-hm-


Aksara Sakti 7

Lidah setajam belati,
Hiris jari,hiris hati

07 November 2013

Apa ada pada kertas peperiksaan?

Assalamualaikum wbt.

Hari ini dapat berita dari Malaysia yang salah seorang calon SPM meninggal dunia ketika menjawab peperiksaan SPM di sekolahnya.Moga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Teringat pesan Nabi SAW bahawa mereka yang matinya dalam menuntut ilmu ini seolah2 mati shahid.InsyaALLAH.

ABT juga sempat membaca sebuah tulisan dari hamba ini,berkaitan dengan keluh kesah Kisah Sistem Pendidikan Negara. Bagi ABT apa yang menariknya dalam isi tulisan ini ialah perspektif yang cuba dibawakan untuk kita semua selami seberapa banyak potensi dalam diri dan jiwa anak muda,BUKAN HANYA DILUAHKAN DALAM KERTAS PEPERIKSAAN SEMATA.

Moga bermanfaat.


KEKANGAN SISTEM PENDIDIKAN MERUGIKAN NEGARA

Terima kasih kepada yang meminta ulasan kami tentang kematian pelajar di dewan peperiksaan SPM yang telah menggemparkan ramai pihak semalam. Beliau adalah pelajar terbaik dalam kelas dan menjadi harapan sekolah serta keluarga untuk mendapat 10A. Berita pelajar yang membunuh diri selepas gagal mendapat keputusan yang dihajatkan sebelum ini juga telah men
arik perhatian ramai. Walhal keputusan beliau masih baik. Sejauh itu tragisnya stigma DEMAND masyarakat terhadap keputusan cemerlang.

Hari ini rakyat telah mulai sedar bahawa sistem pendidikan negara banyak memberikan kekangan kepada pembangunan minda dan sahsiah anak-anak. Kedudukan perbandingan kecerdasan pelajar mengikut sumber PISA 2009+ menunjukkan negara kita berada di tangga ke 52-57, Indonesia di tangga ke 61-67, kedua-duanya Islam belaka. Singapore pula 2-5, dan Shanghai, China di tangga pertama. Dahulu kita tahu China gah dengan armada mereka, ketaatan rakyat mereka dengan raja dan patriotisma rakyatnya. Hari ini kita lihat taburan China Town dan masyarakat Cina yang menguasai perniagaan dan bidang kerajinan seluruh dunia. Di tanah besar mereka sekat internet mereka. Wajarlah Nabi nasihatkan kita belajar dengan China, dan kita pula berhentilah mengatakan hadis itu lemah hanya kerana kita tidak nampak rasionalnya.

Atas dasar itu ramai ibu bapa yang memilih untuk mencari alternatif pendidikan kepada anak-anak mereka. Ada yang bertindak nekad untuk mendidik sendiri anak mereka di rumah sejak sekolah rendah. Tidak kurang juga yang menitipkan anak di sekolah agama rakyat, mahad tahfiz atau International School untuk meneruskan pembelajaran.

Kami ingin memetik isi teks perbualan seorang pemuda Islam dengan Bishop berserta ulasannya yang dikirim kepada kami oleh seorang yang tidak dikenali tentang hal ini. Sangat menarik apabila propaganda Vatican nampaknya telah sangat berjaya mendominasi sistem pendidikan seluruh dunia. Mereka berjaya mengongkong anak-anak kita agar tidak mampu berfungsi menzahirkan potensi mereka pada usia muda.

Sistem pendidikan dirangka begitu rupa agar anak-anak kita dipersulit dengan pelbagai subjek pendidikan yang membebankan mereka. Hakikat bahawa apa yang di ajar itu kurang sekali digunakan di alam nyata telah mereka akui dengan bangga bagi menampakkan kebodohan kita. Bishop turut menyatakan Jubah Universiti itu adalah pakaian mereka, dan itu menjadi impian anak-anak seluruh dunia. Mereka melihat fenomena itu dengan penuh bangga bahawa budaya dan propaganda mereka telah lama berjaya sehingga kita sendiri minta anak kita berlumba-lumba mendapatkannya.

Subjek sejarah yang paling penting dalam penelitian jatuh bangunnya sebuah ketamadunan bangsa dan agama adalah menjadi tumpuan mereka. Buktinya hari ini subjek itu tidak banyak membina semangat patriotisma anak-anak kita. Subjek dirangka begitu rupa sehingga ia terputus-putus kesinambungannya dan anak kita hanya diajar untuk terbeban mengadap periksa saja. Selesai periksa, masing-masing berbangga dengan sijil dan meneruskan pemburuan seterusnya.

Begitu juga subjek-subjek seperti matematik tambahan dan sebagainya yang sangat membebankan minda, walhal tidak banyak aplikasinya dalam kehidupan mereka. Subjek agama juga jadi tumpuan mereka. Bishop dengan angkuh menampakkan kebodohan kita yang sengaja ditanam dengan habit menghafal dan berhayal. Mereka akui telah sengaja menawan institusi agama seperti masjid dan universiti untuk membesarkan soal ritual agar kita lalai dan menjadi tidak produktif.

Masyaallah, kami dapati kenyataan Bishop itu ada kaitan rapat dengan apa yang kami kaji. Plot 3G mereka dalam penaklukan negara, harta dan agama kita amat rapi sekali. Peperangan demi peperangan itu sengaja diatur sebegitu rupa. Ia disengajakan dengan sedikit olahan politik untuk menjahanamkan manusia. Bakinya untuk mencipta trauma minda, menjadikan negara jadi papa kedana, membelanjakan harta negara dengan banyaknya untuk pertahanan negara dan memaksa kita berhutang dengan mereka.

Dalam konteks penaklukan mereka di Nusantara ini sangat jelas bermisikan agama juga. Walaupun perdagangan rempah menjadi asas kehadiran mereka, namun mereka juga datang bersama senjata. Akhirnya wilayah kekuasaan Melaka jatuh ke tangan mereka.

BUKAN UNTUK MEMPERKECILKAN PENGORBANAN NENEK MOYANG KITA, namun kita juga harus simpati kepada nasib agama dan bangsa dengan penipuan yang berlaku ke atas nenek moyang kita. Sampai hari ini kita menyanjung kejayaan yang fasik. Kita wajib meneliti asal usul kita dan plot penjajahan mereka. Jika tidak, sedikit kuasa dan keistimewaan yang ada bakal terhapus semuanya, kelak akan terhapuslah juga Melayu dan Islam dari mukabumi Nusantara sepenuhnya. Kita harus menyahut seruan Hang Tuah, bangkit menebus penipuan mereka agar TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

Kemerdekaan Indonesia dan Malaysia selepas penjajahan harus diteliti semula. Harus ketahui bukti yang penjajahan sebenarnya masih bermaharajalela. Carilah asas yang kukuh untuk melupakan ego diri, puak dan kuasa yang ada pada kita untuk kembali bersatu. Sedarlah semua, betapa luasnya Wilayah kekuasaan Melaka sebelum ini, dari Maluku ke Madagaskar.

NAMA MELAKA ITU SENDIRI terkait dengan KUASA RAJA (MALIK)-QS:1/4. Pokok Melaka itu asas akidah kita (QS:14/24,25 & QS:48/18). Hang Tuah berlima itu duplikasi persahabatan pejuang agama sepertimana Rasulullah berlima juga. Malang sekali hari ini, Melaka sudah hilang Fatihahnya, yang dahulunya Beraja dan sangat luas Wilayahnya telah menjadi sebuah negeri paling kecil dan tidak berRaja lagi. Itu gambaran jelas kehancuran kekuasaan kita.

SEMUA WILAYAH ISLAM MELAKA TELAH BERTUKAR NAMA DAN AGAMANYA. Thailand, Filipina, Singapore, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Cambodia dan Laos itu bukanlah nama asalnya. Kesemua negara yang telah Islam asalnya itu hari ini telah terhapus agamanya. Siam menukar nama kerana ia bebas dari penjajahan agama, kerana itu di panggil Thai (bebas) Land (tanah). Musuh Islam tidak minat menawannya kerana ia satu-satunya negara yang belum ISLAM lagi di Nusantara. Bahkan kebodohan kita telah menyebabkan wilayah selatan Thai yang telah Islam turut tergadai ke tangan mereka.

BISHOP INGINKAN ANAK KITA MURTAD TANPA SEDAR. Mereka lebih suka anak kita menyembah mereka tanpa kehadiran jasad mereka. Kerana itu mereka tinggalkan legasi perang salib itu kepada wakil-wakil mereka dari kalangan kita juga. Mereka masukkan roh mereka ke dalam sistem pemerintahan, pendidikan, budaya dan agama kita sendiri. Hari ini mereka angkuh mengakuinya. Mereka angkuh mencabar kita untuk mengembalikan maruah agama kita mengalahkan mereka, kerana mereka yakin kita sudah hilang punca dan tidak mungkin mampu memulihkan keadaan semula.

KEMBALI MENYENTUH SOAL PENDIDIKAN

Ingin kami seru agar kita sama-sama bantu pihak kerajaan untuk merangka semula mengikut acuan kita. Berhentilah mengagungkan konsultan barat yang juga mengambil quran sebagai acuan mereka. Bishop lebih fasih dengan hujah quran berbanding kita. Kemudian kita bayar jutaan dolar untuk mendapatkan khidmat mereka. Walhal memang itulah impian mereka. Tanpa dibayarpun memang mereka mahu menyusup ke dalam sistem pendidikan kita.

Kegemilangan Islam telah memperlihatkan kecemerlangan anak-anak di usia sangat muda. Jika kita terus menggunakan sistem Barat, maka anak kita akan kehilangan potensi dan khidmat yang sangat berharga untuk pembangunan negara bangsa. Kami turunkan contoh berikut untuk kita teliti.

• Usamah bin Zaid, 17 tahun – sahabat yang dipercayai oleh Rasulullah SAW untuk memimpin pasukan dalam peperangan melawan Romawi.
• Abdullah bin Abbas 14 tahun – turutsama dalam perundingan bersama sahabat bagi memutuskan perkara-perkara besar.
• Muhammad bin Al-Qasim 17 tahun – memimpin pasukan dalam penaklukan Hindia
• Umar bin Abdul Aziz 25 tahun – menjadi Gubenur Madinah
• Abdul Rahman Ad Dakhil 25 tahun – berjaya mendirikan daulah Bani Umayyah di Andalusia, padahal beliau tinggal sebatangkara selepas seluruh keluarganya dibunuh Bani Abbasia.
• Muaz bin Amr Al-jamuh 14 tahun dan Muawwiz bin Afra 13 tahun - membantu membunuh Abu Jahal secara berdepan diperang Badar. Muaz putus tangan dan Muawwiz gugur syahid.
• Nabi Sulaiman – Telah ikut mencatur peperangan sejak umur 9 tahun. Mewarisi kerajaan Ayahandanya Nabi Daud AS ketika 12 tahun.
• Muhammad Al-Fatih 18 tahun - berjaya menawan Constantinople bersama rakan sebayanya.
• Nabi Muhammad SAW sendiri – Di usia 12 tahun telah menampakkan kehebatan berniaga ke luar negeri bersama bapa saudara baginda. Di usia 15 tahun baginda menjadi Komanden Perang Fijr. Di usia 25 tahun baginda telah menjadi Presiden NGO Hilfulfudul.

SISTEM PENDIDIKAN BARAT SENGAJA DIRANGKA begitu rupa untuk meranapkan semangat berjemaah anak-anak kita. Yang pandai dipisah dari yang lemah. Semangat Kopetetif dipupuk, amalan saling membantu (Koperatif) dimatikan. Akhirnya kita menjarakkan jurang dan ini akan berlarutan sebagai asas pengkastaan atau assobiyah di kalangan mereka sampai ke tua. Kajian kami menunjukkan 1 tahun sistem pembelajaran Islam boleh mengelakkan pembaziran masa dan potensi pembelajaran ciptan barat sekitar 4-6 tahun (Insyaallah akan dihurai dalam artikel lain). Sebab itu pejuang dulu matang lebih awal.

Sistem pendidikan rasmi tidak memungkinkan anak-anak menjadi kreatif dan berperanan secara realistik untuk menyumbang kepada negara akibat kekangan masa. Paling awal mereka boleh keluar berkhidmat ialah di usia 21 tahun. Usia perkahwinan juga terlewat. Bagaimana kejayaan remaja seperti di atas boleh dicapai jika sistem pendidikan ini diteruskan. Seharusnya kita guna modul pendidikan Islam dengan rangka 7 yang berulang. Mengapa harus terikut-ikut dengan 1 pelajar 1 sukan? Berapa banyak kerosakan akhlak berlaku dalam sukan? Hinakah agama jika kita kalah sukan? Bayangkan anak dara yang buah dadanya dan punggungnya sudah cukup besar pakai ‘seluar dalam’ berlari 100 meter, lompat kijang, lompat tinggi di padang..! Pakai bikini berenang di kolam dan menari di pentas?

Subhanallah, di mana amanah ilmuan dan pelaksana agama? Tidak takutkah ancaman Allah? mengapa tidak masukkan disiplin agama dalam pendidikan negara? Di mana letaknya perintah menutup aurat? Kecil benar Allah itu di hati kita! Sudah lupakah kita analogi perang salib? larian obor, tiup lilin kek hari jadi? iaitu membawa lari dan memadam cahaya Islam, potong dan makan, pecah dan perintah?

Ironinya, mereka lalaikan dan robotkan anak-anak kita, dan pada masa yang sama mereka pacu kejayaan anak-anak mereka di usia muda. Billgates yang tinggalkan sekolah pun boleh jadi kaya. Kita pula berbangga anak kita jadi pelajar terbaik di dalam dan luar negara. Yang kurang cemerlang kita pinggirkan dan kita hina. Mereka senyum sinis melihat anak kita pecah kepala untuk cemerlang dalam periksa. Akhirnya otak anak kita jadi letih dengan silibus yang memenatkan otak dan menyudahkan hidup menjadi robot manusia gelandangan yang tidak berakhlak. Kami yakin anda pernah baca kisah anak cemerlang yang hujung hidupnya menjadi?? Nauzubillah.

Sekali lagi, kami hargai semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh membangun sistem pendidikan negara. Malangnya lain menteri lain polisi. Anak-anak jadi mangsa. Semuga artikel ini mampu membuka minda untuk kita sama-sama kembali kepada asas agama kita yang penuh dengan rahsia yang sudah kita persia-siakan. Sabda Nabi SAW “Agama itu nasihat”. Sila baca bersama berita penuh,

Aksara Sakti 6

Apa dipandang pada pangkat,
Andai langit hatimu bertongkat. 

06 November 2013

Aksara Sakti 5

Apa ditunggu pada pangkat dan harta,
Andai tiada bahagia di jiwa. 

Aksara Sakti 4

Apa diharap pada nama,
Andai budi tiada rasa. 


Dari Kota Lendu Ke Kota London Part 5

Assalamualaikum wbt

Lama jugak tak sempat nak update untuk ruangan kali ini.
Almaklumlah sedikit sibuk dengan urusan belajar dan sebagainya.
InsyaALLAH kali ini ABT akan cerita pengalaman ABT untuk proses permohonan biasiswa.

Moga bermanfaat.

PERMOHONAN

Alhamdulillah,rezeki ALLAH itu amatlah luas.Dalam entri yang terdahulu saya pernah mentioned yang pelajar lepasan diploma ni susah sikit nak dapat biasiswa.Tak banyak scholar2 yang dibuka tawarannya kepada para pelajar lepasan diploma macam kita ni. Kalau ada pun,mereka tetap memberi keutamaan kepada para lepasan SPM. Ini berdasarkan pengalaman sy sendirilah bila bertanya kepada pihak scholar mereka akan beritahu perkara yang sama.

Sebenarnya,ABT apply je semua scholar yg dibuka tawarannya walau pun tahu peluang amat tipis.Tapi siapa tahu kan rezeki ALLAH itu dijanjikan kepada setiap hambaNya yang berusaha.

MARA

MARA ni biasiswanya berbentuk PINJAMAN BOLEHUBAH (convertible loan) dan terbahagi kepada dua samada FULL LOAN yang mana akan cover Tuition Fees dan Cost of Living dan satu lagi HALF LOAN yang hanya cover utk Tuition Fees sahaja. Convertible Loan ni maknanya kalau anda lepas certain grade bila dah habis study nanti,dia akan convert to biasiswa atau kena bayar ada certain portion sahaja (maaf x dpt bagtahu details sangat). Nak tahu kena tanya ler pegawai MARA huhu.. Dan disebabkan detail2 diatas ini ABT tidak memohon MARA sebenarnya.. sebab apa? One thing adalah sebab memang x mampu nak cover cost of living tu sebab tahun 2013 ni pihak MARA hanya memberi HALF LOAN sahaja untuk ke degree. Jadi nak tak nak mmg kalau takde orang dalam memang takkan dapat la FULL LOAN tu..hehehe (no offence). Jadi memang time tu bila tahu je about that mmg hancur luluh la sebab MARA ni bagi kita orang melayu yg result biasa2 saje mmg inilah talian hayat terakhir untuk sambung ke degree luar negara hehehe... (no offence)

JPA

JPA untuk tahun 2013 pun tak bukak untuk lepasan diploma.Hanya bukak untuk sesiapa yang sudah mendapat tempat di mana-mana universiti yang berada di ranking 10 teratas yang disenaraikan oleh QS itu sahaja! hahaha.. untuk pengetahuan semua,ABT apply je.. hehe letak situ ABT dapat Oxford Uni hahaha... memang kena panggil for interview...Tapi....heheheh... ada cerita disebalik ini nnti kalau ada masa saya ceritakan! (dalam new entri)


SIME DARBY

Bukak untuk lepasan diploma dan lain2...tapi bila call them,the same answer,"'kita mengutamakan pelajar lepasan SPM dahulu kemudian kalau ada kekosongan akan dipanggil untuk lepasan diploma" Sekian terima kasih! huhuhu

KHAZANAH NASIONAL

Haaaa.... ni bukak... hehe Dan saya apply... Alhamdulillah dapat ke STAGE 1 ... haha nak tau apa dia kena buat? Isi IQ TEST ONLINE !!! Then esoknya dapat jawapan MAAF IQ ANDA KURANG CERDIK JADI ANDA TAK LAYAK KE STAGE 2 pfffftttt.... hahaha sbnrnya time isi online tu dah dapat tahu yang saya dapat ke interview Petron
as..tu yg main2 je tu jawab...konfiden kannn... hahaha..So KHAZANAH letgoooo...

SECURITIES COMMISSION MALAYSIA

Haaaa... ni pun bukak jugak... dan ceritanya sama lah dengan khazanah !!! huhu but ketiga2 shcolar ni SIME DARBY, KHAZANAH, DAN SCM ni nak apply tu pun dah sangat sukar ye proses nye,..nak kena hupload itu ini nak resize scann la hape la.. kena buat essay berapa patah perkataan la...hehehe give up pon ada !!! hahaha

BANK NEGARA

Krik krik krik... huhu bila called them jawapan yang sama seperti di SIME DARBY... sedih kannn...

1 MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

Ni biasiswa baru... pun sama krik krik jugak... dan dah lambat bukak jugakk..

PETRONAS

Alhamdulillah sinar akhirnya pada menara berkembar! huhu... ALLAH mempermudahkan segala proses permohonan senang sangat dengan petronas ni..just email them our result and details yang dia mintak dah settle.. Haaaa...Tapi dengan PETRONAS ni kena cerita panjangggggg... hehehe... Jadi nantikan ye NEXT ENTRY !!!

Thanks for reading !!!

AsSALAM.

05 November 2013

Tuntutan COMANGO 1

Assalamualaikum wbt.


Pada 27 October 2013 yg lalu ABT telah diberi kepercayaan oleh pihak ISMA UK-EIRE untuk menjadi pengerusi majlis bagi sebuah Wawancara yang dihadiri oleh para peguam dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan juga UST Nasharuddin Mat Isa sebagai barisan panel2. Wawancara ini bertujuan bagi membincangkan pelbagai isu menarik antaranya persoalan Malaysia sebuah negara Islam atau Sekular? Antara isi lainnya adalah berkaitan dengan pendedahan2 tentang Tuntutan COMANGO didalam persidangan Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva. Tuntutan2 ini berkaitan dengan perjuangan Hak Asasi Manusia sejagat.Namun apa yang sadisnya, tuntutan yang dibuat oleh 54 NGO ini (hanya 12 yg berdaftar) dilihat mengancam kedudukan ISLAM secara amnya. Justeru ABT ingin berkongsi sedikit penulisan dari Naib Presiden PPMM berkaitan dengan tuntutan ini. 
Moga bermanfaat.

Malaysia semakin menghampiri sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious LibertyHuman Rights WatchAmnesty International, Majlis Peguam,International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia di dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:
i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” areligion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.
v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.
vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.
Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan secara sah.
Azril Mohd Amin ialah naib presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Salam Maal Hijrah 1435


Assalamualaikum wbt.

ABT mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H buat seluruh ummat Islam di seantero dunia.

Moga HIJRAH kali ini berupaya menjadikan kita sebagai ummat yang sentiasa berusaha dalam mendapat keredhaan ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

Hayatilah hakikat sebenar pengertian Hijrah Rasulullah SAW. Sudah tiba masanya untuk kita tidak lagi sekadar melaungkan keberanian hijrah pada manisnya kata-kata dan lancarnya tutur bicara. Mari kita bersama-sama berusaha dalam mendemonstrasikan ungkapan HIJRAH ini biar seindah dan semanis bicaranya. 

Ingatlah Dia tidak menilai sebanyak mana kita berubah,seberat mana dan sebanyak mana hasil sedekah dan sebagainya,namun ALLAH menilai pada usaha yang berterusan yakni istiqamah! HIJRAH lah walau sekecil2 zarah sekalipun! Dan ISTIQAMAH lah dalam perjalanan menuju Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

-HM- 
Cardiff Wales,
UK 
22:58 PM




Aksara Sakti 3

Meminta maaf dan memaafi,
Mudah diungkap,sukar dilazimi. 

Pesanan As-Shahid Imam Hassan Al-Banna

Assalamualaikum wbt

Sahabat2 sekalian,ABT kongsikan kepada anda semua wasiat As-Syahid Imam Hassan Al Banna agar sama2 kita dapat manfaat dan hidayah dari ALLAH SWT.

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.