SELAMAT DATANG - WELCOME - CROESO - WILLKOMMEN - HUANYING Aku menulis bukan kerna nama... Tetapi demi perjuangan ALIF BA TA ~Agama,Bangsa & Negara~ PERHATIAN: Segala entri adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis,anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau mengaksesnya.Segala komen adalah dibawah tanggungjawab individu.
ALIF BA TA
12 June 2012
ANTARA RATU DAN RAKYAT
ANTARA RATU DAN RAKYAT
EducationYourSay/VoxPopBersihGeneral ElectionMCAAntara ratu dan rakyat
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
11:03AM Jun 1 2012
Sambutan Diamond Jubilee sempena 60 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II yang menaiki tahta sejak 1952 akan berlangsung UK beberapa hari lagi.
Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan monarki British itu seperti Australia, Kanada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya.
Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada ratu
Saya sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga diraja British itu.
Di samping pelbagai sudut yang dikritik, British pernah menjadi empayar yang begitu hebat dan luas sehingga disebut "the Sun never sets on the British empire".
Sebahagian kekayaan dan kemakmuran yang dirasai oleh rakyat British hari ini hasil usaha ‘penjajahan' yang dilakukan oleh keluarga diraja British, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Di sudut itu, keluarga diraja British memang menyumbang untuk negaranya. Ia bukan keluarga diraja yang hanya menghisap hasil rakyat dan meminta mereka disanjung tanpa satu catatan sejarah yang boleh dibanggakan.
Mereka menjajah, ya! Itu suatu yang negatif bagi kita yang dijajah. Namun, untuk negaranya mereka telah membawa kekayaan pulang hasil ‘perahan' negara lain. Maka, keluarga diraja British adalah keluarga yang berjasa dan mencatatkan sejarah.
Sekalipun sebagai penjajah, mereka bukan keluarga diraja yang menjemput penjajah sehingga sanggup menyerah tanah dan rakyat untuk kepentingan diri, tetapi mereka menakluki negara lain dan membawa hasilnya ke Britain kembali.
Kritikan
Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orang ramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang.
Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut.
Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah kapal persiaran daripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila tinjauan menunjukkan 64 peratus rakyat tidak bersetuju.
Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan.
Apapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal.
Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat. Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza.
Hanya kelompok ‘jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat.
Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik' kepada monarki British di ‘sudut itu'. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian.
Saya rasa itulah salah satu sebab monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ.
Isu Malaysia
Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000.
Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan.
Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka.
Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa.
Ada yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan.
Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.
Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain.
Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.
Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masa kini.
Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.
Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"
Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."
Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"
Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."
Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."
Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah.
Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."
Jawabnya: Ya!
Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin.
Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.
Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?
Ulama
Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuan agung mazhab al-Shafie iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi mufti Perlis.
Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.
Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.
Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:
"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas.
"Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki seberkas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga Baitul Mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.
"Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan Nabi-Nya SAW. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Inilah tokoh Mazhab al-Shafi'i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafie yang "dia faham", terus hendak diadukan kepada sultan dan raja.
Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.
Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat.
Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.
--------------------------------------------------------------------------------
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
POLITIK MALAYSIA
POLITIK MALAYSIA (credit to CHEDET.CO.CC)
May25
2012 85 Comments Written by chedet 1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.
2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.
3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.
4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.
6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.
7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.
9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.
10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.
11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.
12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.
13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.
14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.
16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.
17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini
KOMEN ABT :
Memang tidak dinafikan puak pembangkang kelihatan terlalu 'eager' untuk menawan Putrajaya. Namun satu perkara yang perlu disedari,bahawa mereka juga miliki kekuatan.Cara mereka dalam menawan kota selangor dalam pru yg lepas perlu dianalisis,sesungguhnya mereka miliki kemampuan untuk menguasai Kota Putrajaya pula dalam pru kali ini. BN / UMNO UBAH SEBELUM REBAH

Demokrasi Ada Batasnya -Dr. M
Demokrasi ada batasannya, kata Dr M (Credit : Malaysiakini)
9:00PM Jun 11 2012
Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya.
"Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama DI majlis konvokesyen khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina.
Dr Mahathir dianugerahi gelaran profesor kehormat oleh universiti berkenaan. Gelaran itu dianugerahkan kepada tokoh dari luar negara yang mengukir pencapaian cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing.
Dalam kenyataannya, Kementerian Luar berkata penerima gelaran itu sebelum ini termasuk pemenang hadiah Nobel dalam bidang kimia dan seorang canselor dari Vatican.
Dalam ucapan beliau, yang teksnya diedarkan kepada media di sini, Dr Mahathir menjelaskan dengan panjang lebar tentang kemungkinan kelemahan yang terdapat pada demokrasi, dengan merujuk kepada sebuah negara yang tidak mampu mencapai kemajuan kerana apa yang beliau sifatkan sebagai "terlalu banyak demokrasi".
"Sebaik saja sesebuah kerajaan dipilih, pihak yang kalah akan mengadakan demonstrasi dan mogok umum, menuduh kerajaan melakukan penyelewengan.
"Kerajaan perlu menangani gangguan ini dan membelakangkan tugas mengurus tadbir yang sepatutnya dilakukannya. Gangguan ini boleh menjadi begitu serius hingga memaksa kerajaan itu berundur," katanya tanpa menyebut nama negara yang beliau maksudkan.
Dr Mahathir berkata walaupun negara berkenaan mengamalkan demokrasi, tetapi beliau mempersoal sama ada itu adalah demokrasi yang sebenarnya, sambil bertanya " adakah demokrasi suatu matlamat atau suatu alat?"
Sambil menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal, beliau berkata selalunya, demokrasi dilihat menyediakan suatu 'cara mudah' untuk menukar kerajaan.
"Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat," kata Dr Mahathir.
Beliau menegaskan bahawa di Malaysia, calon dari parti pembangkang boleh menang dan malah telah menawan beberapa kerajaan negeri.
Mengenai kepimpinan, Dr Mahathir berkata ia tidak boleh sekali-kali
mengamalkan rasuah dan perlu memiliki beberapa kemahiran serta idea berkaitan pentadbiran dan pembangunan negara.
"Nilai seorang pemimpin diukur mengikut idea yang dimilikinya. Untuk membawa kemakmuran kepada negara, dia perlu tahu dasar apa yang perlu dilaksanakan dan strategi mana yang perlu digunakan," katanya.
Beralih kepada ekonomi, Dr Mahathir, yang baru-baru ini dipelawa Yemen untuk menjadi penasihat ekonomi khas negara itu, berkata beliau percaya dalam iklim ekonomi yang bermasalah sekarang, Asean perlu bekerjasama secara lebih produktif dan memanfaatkan pasarannya yang terdiri daripada setengah bilion orang
"Sebenarnya, negara Asia Tenggara memiliki potensi pertumbuhan, kemakmuran dan kuasa yang besar. Apa yang kita perlukan hanyalah rakyat dan pemimpin yang sayangkan negara serta rakyat mereka, lebih daripada diri mereka sendiri," katanya.
Kemeterian Luar berkata ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Manila semalam disambut Duta Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan para pegawai kedutaan.
Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Malaysia dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pembinaan Negara dan Pembangunan Ekonomi' di majlis makan malam anjuran Asia Society di sebuah hotel terkemuka di sana.
KOMEN ABT :
Apapun batasannya, kita perlu faham selagi mana kekotoran dalam politik mana2 parti dan individu ini masih gagal untuk dibendung selagi itu lah kita tidak bisa untuk melahirkan apa yang dipanggil sebagai kemenangan demokrasi yang mutlak.Dalam masa ini,kejujuran dan integriti amat penting.Percayalah,andai kata pemimpin BERSIH,maka datanglah badai demokrasi yg maha hebat mana sekalipun,kemenangan tetap pada mereka yang BERSIH!

Subscribe to:
Posts (Atom)