ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 July 2015

AKU DAN ISMA Bahagian I

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mula mengenali dakwah ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia) sebuah gerakan NGO dakwah ketika mula-mula kaki ini menjejak bumi Cardiff. Seperti biasalah, bila dengar tentang ‘DAKWAH’ sahaja, ada dalam kalangan kita ‘alergik’ sikit. Aku pun sama dulu. Jahilnya aku, tiga tahun di UiTM Lendu, pandang ‘budak2 usrah’ ni sebelah mata ja! huhu.. Ingat dlu pernah sekali naik motor legend hijau lalu tepi Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu, nampak budak2 jubah putih buat bulatan, aku konar lalu jalan lain. Hahaha..

Ada macam2 versi yang aku terima pada awalnya bila aku bukak soalan tentang ISMA. Dan harus aku akui, banyak negatif dari positif pada mulanya.. Antara versi ‘Nasihat’ negatif yang pernah hinggap di telinga aku ketika itu ialah:

1) ‘Hati-hati sikit wan, diorg ni nanti mula la ajak kau join jemaah tu jemaah ni.’

2) ‘Diorg ni la pecahbelahkan Islam. Ada IKRAM lah ISMA lah macam2 lagi nanti, nasihat aku jangan kau menyesal nanti sudah.'

3) ‘Diorg ni buat baik and belanja ko makan semua ada la tu, nak ajak ko join diorg lah tu.'

4) 'ISMA ni macam tabligh lah. Nanti dia ajak la ko join dia gi rumah ke rumah.’

5) ‘Kalau kau join ISMA ni nanti ko jadi orang yang suka label-label orang and rasis la sebab ISMA ni kan perjuangkan MELAYU, kita nak ISLAM, orang yang berjuang untuk Melayu ni, tak ke mana bro’

Namun, disebalik versi2 negatif yang aku dapat ni, ada satu nasihat dari seorang yang banyak membuka mata aku bila aku jejak kaki ke sini. Nasihat dia lebih kurang macam ni;

‘ISMA ni bagus Wan, dia banyak ubah hidup aku. Ubah hidup aku dari manusia yang hanya pikir pasal diri sendiri, yang hanya tahu nak jadi baik untuk diri sendiri sahaja, kepada seorang yang ada matlamat dan agenda bukan sahaja untuk diri sendiri, namun untuk ummah, untuk cita-cita yang lebih besar wan’.

Nasihat inilah yang membuatkan aku tertarik untuk tahu lebih lagi tentang ISMA. Dan aku pun diperkenalkan dengan ISMA. Dari sistem Usrahnya, program-program umum, sampai kepada hubungan ukhuwwah yang cukup manis. Dan aku menjadi sangat pelik. Pelik sebab rupa-rupanya semua ini takdalah sama seperti yang seringkali ‘dimomok-momokkan’ oleh sesetengah orang.

Melalui usrah ISMA, aku belajar tentang banyak perkara. Sistem usrah ini rupa-rupanya bukan sahaja sebagai satu medium untuk memperbaiki amalan diri masing-masing, namun turut sama mengajak ahli-ahlinya untuk berfikir tentang masalah yang melanda ummat sejagat.

Dari sekecil-kecil isu, sehinggalah kepada masalah yang besar. Dari isu yang berlegar di tanah air , sehinggalah ke tanah agung Palestin! Setiap kali usrah, sangat lain macam rasanya! Umpama dapat satu energy baru dan semangat yang baru. Semangat untuk sentiasa mengubah diri, untuk jadi produktif dan tidak ja di statik sahaja dalam hidup ini.

Satu perkara baru yang aku dapat dari usrah ini adalah melalui kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna iaitu untuk kita perbaiki diri DAN menyeru orang lain berbuat kebaikan. Bukan hanya tunggu untuk diri jadi perfect baru nak mula dakwah orang lain.

Kitab-kitab yang menjadi rujukan dan perbahasan dalam usrah ini antaranya Al-Muntalaq (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) dan Jalan Dakwah (Syeikh Mustafa Masyhur) banyak membuka mata aku tentang bagaimana sistem kehidupan kita sebagai makhluk di muka bumi ini harus bergerak! Kita rupanya bukan sahaja mahu mencapai kemuliaan untuk diri sendiri sahaja, namun harus bangkit untuk memperjuangkan kemuliaan ummat ini, kemuliaan agama yang Allah amanahkan pada kita ini.

ISMA juga bukan sekadar usrah siang dan malam pagi dan petang. Tidak! Antara program yang sempat aku ikuti sepanjang berada di bumi UK ini, antaranya jaulah (Jalan-jalan), Rehlah (Berkhelah), Daurah (seminar) yang sangat mengujakan.

Melalui program-program sebegini, aku mengenali ramai manusia. Manusia yang mahu berubah. Berubah dari menjadi diri yang layu dan sayu, kepada manusia yang mahu memperbaiki diri dan berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Sungguh,sepanjang perjalanan ini aku telah ramai jumpa manusia yang dahulunya hanya lah seperti kijang, namun kini bertukar menjadi singa yang mempertahankan agamanya. Setiap kali aku pandang wajah2 mereka ini, aku benar-benar jadi cemburu.

Lama juga, untuk aku hadam dan betul-betul faham tentang fikrah ISMA. Tentang agendanya untuk ummat, perjuangannya, dan segala pelan tindakannya. Dan aku masih dana akan terus belajar dan belajar lagi. Ada banyak perkara lagi yang perlu aku bongkar gali. Namun, kefahaman aku tentang agenda dan perjuangan yang ISMA bawakan ini, cukup untuk aku katakan YA! pada ISMA! Kita punya matlamat, dan matlamat kita jelas.

ISMA, benar-benar, sedang mengubah hidup aku. Mengubah cara aku berfikir tentang bagaimana sebenarnya kehidupan kita ini harus bergerak. Mengubah diri aku untuk tidak lagi sekadar berfikir tentang diri sendiri sahaja, namun turut sama membawa agenda ummat yang lebih besar dalam lakaran peta kehidupan aku.

Hari ini, aku ucap syukur pada Tuhan Rabbul Jalil. Kerana takdirnya aku dicampakkan ke bumi Cardiff ini, rupanya Dia mahu menyantuni aku dengan TarbiyyahNya.

Jahilnya aku tiga tahun yang dulu tentang gerakan dakwah ini. Aku malu, namun aku bersyukur, di bumi Cardiff, aku mengenali ISMA.

Doaku pada Ramadan terakhir ini, agar Allah tetap memberikan aku istiqamah dalam perjuangan ini dan sama-sama mencampakkan hidayahNya pada sahabat-sahabatku di luar sana untuk turut sama dalam gerabak kemenangan ini. Gerabak yang mengubah hidup aku dan bakal mengubah hidup kalian juga inshaALLAH. Amin.

Apa lagi yang harus aku minta daripada seorang sahabat yang baik dan ada ketika susah dan senang.

 Bersama saudara Azizi, orang yang bertanggungjawab kenalkan aku pada ISMA.


Dalam gelak tawanya, dia tidak pernah lekang dari menutur nasihat yang terkesan dalam setiap jiwa yang mendengarnya...


Melalui ISMA, aku ketemu ramai insan hebat yang menginfakkan dirinya pada jalan dakwah. Mereka dulu kijang, namun kini singa yang berani!


Usrah bersama murabbi Saudara Firdaus A Bakar. Lemah lembut tutur bicaranya namun terselit bait-bait indah mendekatkan jiwa manusia pada Tuhan Rabbul Jalil...



p/s: Nukilan di akhir-akhir Ramadan. Moga bermanfaat buat semua. Untuk orang di Malaysia, Selamat Menyambut Syawal. Salam Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin. Maaf Zahir dan Batin.

15 July 2015

Perjalanan Aku, Ceritera ‘Semalam' & Kisah Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Pasca keputusan SPM 2009, aku sudah mula untuk melupakan hasrat untuk meyambung pelajaran ke universiti luar negara. Memang menjadi impian waktu tu dapat masuk dan belajar kat oversea. Tapi disebabkan keputusan SPM tak berapa bagus, impian itu hampir-hampir berkecai.

Namun, benarlah, perancangan dan aturan Allah itu Maha Hebat. Aku teruskan perjuangan dari bidang sains tulen melompat masuk ke bidang perakaunan. Aku memilih untuk ke UiTM Lendu dan mengambil Diploma dalam bidang Perakaunan. Mungkin bagi sesetengah individu, DIPLOMA ni kelihatan picisan dan mudah. Namun tidak bagi aku. With no basic knowledge about accounting, aku betul-betul bermula dengan ZERO!

Terima kasih pada pensyarah2 dan sahabat2 lama di UiTM Lendu dulu yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendepani cabaran ketika itu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan ini. Dalam kesibukan sebagai pemimpin pelajar waktu itu, Allah permudahkan jalan bagi aku ‘score’ dalam setiap peperiksaan yang akhirnya dengan keputusan CGPA 3.93, melayakkan aku untuk terbang ke bumi Cardiff di bawah tajaan Petronas. Aku tidak pernah bermimpi untuk ini semua.

Kalau dulu sewaktu keputusan SPM diumumkan aku telah menghampakan ami dan abah, tetapi kali ini air mata yang tumpah dari kedua pasang mata kedua orang tuaku ini, adalah air mata kegembiraan. Kini, seorang lagi anak peniaga air pasar malam akan terbang jauh dari tanah melayu merantau ke bumi Inggeris.

Cabaran di bumi Inggeris ini juga mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah individu. Tapi bukan aku! Dengan sijil Diploma (sistem pengecualian kredit) yang aku ada, ianya melayakkan aku untuk terus melompat ke tahun kedua pengajian. Dari peralihan sistem pengajaran dan pembelajaran Diploma ke Degree hinggalah masa menyesuaikan diri di tempat orang yang jauh dari keluarga, semua itu harus dilakukan dengan secepat mungkin, agar tidak ketinggalan dengan sahabat yang lain.

Siapa kata jalan merintis 2:1 ini mudah bagi aku? Aku pernah jatuh dan menangis sendiri. Peperiksaan winter pertama aku, ada dua subjek utama aku GAGAL. Satu kertas dapat 28/100, satu lagi 32/100. Malu punya pasal, aku tak pernah bagitau siapa2 pun yang aku gagal dua paper waktu tu. Waktu tu, letak harapan first class, memang jauh sudah dari pandangan. Malah kalau letak second class upper pun rasa jauh nak dicapai. Memang mengharap dapat lulus pun dah kira bersyukur dah.

Tetapi aku yakin, bahwa gagal sekali tidak bermakna akan gagal buat selama-lamanya dan ingat yang Allah akan bantu kita dengan apa jua cara sekiranya kita meletakkan usaha dan kemudian pengharapan serta kepercayaan kepadaNya.

Alhamdulillah, walau pun keputusan 2:1 ini tidaklah sehebat mana pun nak dibanding dengan kawan2 lain, namun, aku tetap bersyukur. Manakan mungkin aku tidak bersyukur kepada Dia, sebab terlalu banyak dan agungnya pemberian Allah pada aku.

Salah satu dari nikmatNya adalah aku sudah ditawarkan 5 peluang pekerjaan di UEM Group, Khazanah, Ernst & Young, Deloitte dan Axiata Group walaupun keputusan final exam belum pun diumumkan. Dan juga keputusan 2:1 yang memang jauh sebenarnya dari apa yang aku boleh capai dari target ini juga adalah nikmat dari Allah yang paling besar. Semua ini adalah dengan kehendak dan seizin Tuhan Rabbul Jalil.

Ceritera di atas ini, bukan untuk dibanggakan, namun hanya sebuah perkongsian, untuk sesiapa sahaja yang merasakan dia sedang berada jauh dibawah, jangan pernah berputus asa dari berharap padaNya. Kerana Dia, Allah, Tuhan Yang Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang. Saya suka berpegang pada kata-kata ini, ‘WHEN THERE IS A WILL, THERE IS ALLAH WILL SHOW THE WAY’.

Ceritera di atas, adalah cerita ‘semalam’ saya, sedangkan ceritera sebenar sebenarnya baru sahaja nak bermula. Ceritera esok, lusa dan seterusnya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Cuma satu pinta saya, seandainya kalian lihat satu ketika nanti aku berada dibawah, mohon jangan dilupa panahan doa buat aku dan tariklah tangan ini naik bersama kalian.

Jika suatu hari nanti kalian lihat aku alpa dengan candu dunia, tolong tampar pipi ini sedarkan aku untuk melihat kembali ceritera aku yang semalam. Agar aku tidak lupa rumput di daratan, tika aku asyik di awan.

Terima kasih Allah, Terima kasih Ami and Abah dan sanak saudara, Terima kasih para murabbi ku, Terima kasih sahabat handai sekalian. Atas doa dan sokongan. Moga Allah memberi ganjaran sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat. Amin.

12 July 2015

DAP Bukan Untuk Melayu Islam


DAP BUKAN UNTUK MELAYU ISLAM DAN MELAYU ISLAM BUKAN UNTUK DAP

Mutakhir ini DAP dengan bangganya mendakwa bahawa mereka bukan parti cauvanis Cina hanya dengan kemasukan beberapa individu Melayu Islam ke dalam partinya.

Maka gegak gempita lah mereka melaungkang betapa 'Malaysia' nya Parti mereka.

Namun pada hakikatnya, DAP hanya lah parti talam dua muka. Bukan kita tidak sedar hakikat parti ini bercumbu dengan Melayu Islam hanya kerana mahukan kuasa dan undi semata2!

Paling jelas, bilamana mereka mempergunakan PAS. Lihat sekarang, di mana PAS pada pandangan mata Khalifah Lim? Alhamdulillah, PAS kini sudah semakin sedar. Nasihat saya pada pimpinan PAS, jangan teragak2 lagi dalam keputusan tentang hubungan PAS-DAP.

DAP kata, mereka memperjuangkan Malaysia yang lebih baik dan aman. Tetapi hakikatnya mereka yang seringkali memainkan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

DAP kata, mereka memperjuangkan bangsa Malaysia. Tidak mahu membeza2kan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Namun, bila kita mintak sekolah vernakular dimansuhkan dan diganti dengan sekolah kebangsaan, mereka tidak ubah seperti cacing kepanasan!

DAP kata, mereka mempertahankan perlembagaan. Namun bila orang Melayu bangkit mempertahankan hak istimewa yg termaktub dalam perlembagaan, DAP lah yang pertama meletakkan agar dimansuhkan hak bumiputra dalam perlembagaan parti mereka sendiri.

Untuk sahabat2 Melayu Islam saya di luar sana, ada apa dengan DAP untuk kita mempertahankan nasib agama bangsa dan negara? Ada apa dengan DAP untuk kita bergantung harap pada mereka?

Jangan! Jangan! dan Jangan sesekali wahai saudara seagama dan sebangsaku, khususnya anak muda, termakan dakyah dan agenda parti DAP ini. Kerana, apa yang dipakai di badan mereka dihadapan Melayu, tidaklah sama seperti apa yang terselindung dalam hati mereka!

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” QS. 4. An-Nisaa’ : 144.

Kongsikan, agar anak muda seagama, dan sebangsaku, tidak lagi terus terkulai di tangan parti cauvanis ini! Terima kasih!

Hazwan Mohamad
Cardiff
8 Julai 2015