ALIF BA TA

ALIF BA TA

21 October 2013

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM ?

Assalamualaikum wbt.




Hari ini ABT mahu berkongsi sedikit catitan dari blog Ust Pahrol berkaitan dgn tajuk entri di atas.

Masih ramai antara kita yang tidak habis2 bermati-matian berhempas pulak utk membahaskan isu siapa patut dtg dulu dari siapa? Melayu kah atau Islam kah? Sampai bila2 persoalan ini tidak akan berakhir andai kata kita tidak pernah memahami atas setempat dalam prinsip perjuangan Agama Bangsa Dan Tanahair.

Semoga bermanfaat.



Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?
Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.
Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit
Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.
Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.
Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi…
Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.
Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.
Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.
Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.
Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.
Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.
Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.
Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu)
Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?
Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?
Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.
“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.
Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.
Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya danhasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?
Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.
Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.
Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.
Jadi musuh kita yang sebenar bukaniah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!
Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.
Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.
Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.
Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.
Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.
Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.
Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.
Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.
Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?
Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap,  “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

Credit to Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Link to :http://genta-rasa.com/2012/04/27/islam-melayu-atau-melayu-islam/

20 October 2013

SUARA ANAK MUDA KULN


Assalamualaikum wbt

Ada sahabat di Tanah Air bertanya tatkala sy menyertai Kelab UMNO Luar Negara(KULN) ini sy tidak akan lagi berupaya mengkritik parti ini?Adakah sy tidak akn menyokong sahaja apa jua yg dilakukan hanya kerana mahu kelihatan seiring dan sejalan dgn parti?

Jawpan sy :

Sy baru setahun jagung dlm mengenali dunia politik yg penuh dgn pancarroba.Maka andai anda pernah mengenali sy sblm ini,anda akan tahu apa jawapannya.

Menyertai KULN ini bukanlah beerti sy tidak lg akn mengkritik kesalahan dan apa jua kekhilafan yg parti United Malay National Organisation lakukan.Bukan juga beerti sy akn mengangguk setia dgn apa juga tindakan yg tdk menguntungkan ummah sama sekali.

KULN ini pun sebenarnya bukanlah sebuah platform yg terbaik bagi sy utk mencari batu asas yg kukuh.Bukan jg pentas paling asas utk sy men"cari makan".(Sejarah telah membuktikannya).

KULN ini kalau anda amati melalui Perlembagaannnya sendiri ianya adalah sebuah kelab NGO yg berorientasikan prinsip mengutamakan agenda kebajikan para pelajar/mahasiswa/wi di luar negara. Sama juga di sini,walaupun baru,sy melihat Kelab UMNO Wales (KUWales) sentiasa memberi sokongan dan dan bantuan walaupun tdk byk kpd mana2 kesatuan pelajar Msia.Dan tidak beretorik politik semata.

Kita sedar akan tanggungjawab dan hakikat sebenar bahawa masih lagi bergelar MAHASISWA. Dan sy sendiri tdk pernah lari daripada prinsip bawaha MAHASISWA masih perlu cakna dan bersifat professional. Jauh sekali utk menjadi pak turut atau lebih popular dikenali sbg "macai", sy akan tetap membawa agenda ALIF BA TA.

Prinsip kita mudah,yang mana betul dan benar kita sokong dan sanjung,yg mana salah dan batil kita tentang hingga ke akhirnya dalam apa jua isu.Ingat,mahasiswa bukan lembu yg dicucuk kondonya,eh silap,hidungnya! Sy yakin rakan2 mahasiswa sy diluar sana juga sama.Yang benar kita sanjung yg batil kita sanggah,walau siapa pun kita berhadapan.

Terima kasih.Terima kasih kerana sentiasa memberi persoalan dan pertanyaan yg memberi tanda peringatan buat diri ini.Sungguh sy tidak akn pernah berubah utk berada di laluan ini,kerana prinsip yg di ajar kepada sy adalah "untuk mengubah apa yg salah dan bathil,UBAH lah dari dalam"...

Rasulullah SAW pun berdakwah di dalam masyarakat.Menyusup masuk di tengah2 jahiliyyah untuk sama2 membawa perubahan,bukannya menawan dan mengubah masy. jahiliyyah dari luar. (Betulkan sy jika sy salah)

Saya tinggalkan anda satu persoalan utk difikirkan bersama :

"Jika bukan kita,siapa lagi?"

HAZWAN MOHAMAD
Cardiff,Wales,
United Kingdom.
20 Oct 2013
08:14am

12 October 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London Part 4

Assalamualaikum wbt

Langkah seribu tahun akan datang bermula dengan langkah pertama hari ini. InsyaALLAH coretan ABT dalam entri kali ini akan menyentuh persediaan untuk sambung belajar di Cardiff.

PERSEDIAAN

Lepas pengumuman yg ABT berjaya diterima sebagai pemegang scholarship Petronas,time tu memang dah sangat2 constraint.Walaupun persediaan awal cam TB test (required by UK government) dan juga passport dah buat seblum dpt tahu result Petronas lagi (konfiden kann) haha tapi still banyak benda tak settle lagi.

ABT dapat tahu result petronas pada 19 September 2013.Then kelas pertama start on the 30th September,so memang nak kena kejar jugak flight on the next week tu which is bila tgk2 dan fikir2 balik 27 Sept adalah tarikh yg sgt sesuai.Sebab ianya jatuh hari Jumaat,so perjalanan ke Cardiff ambil masa satu hari,jadi ABT akan sampai hari Sabtu which is just nice. Ye la nak settle everything cam bilik,kelengkapan n also persediaan nak masuk kelas ni! hehe..just nice timing la so my advice kalau nak ke sini nanti,dtg la on the weekend so that akan memudahkan kamu semua untuk settle everything.

Persediaan lain,beli beg,baju sejuk(satu cukup sebab sampai sini beli la,lagi murah),exchange duit(jgn bawak banyak cash)kalau awal,buat bank draft ke,money transfer ke, ni untuk keselamatan lah.

Persediaan selain tu,buat la checklist untuk bawak barang2 makanan ke,stationery ke... Dekat sini semuanya berpatutan kecuali barangan elektronik especially komputer! sgt mahal dari Msia ok!

KOMPUTER BARU

Hehehehe...alhamdulillah syukur,Petronas ada beri allowances for computer/laptop which is can claim up to maximum RM3500 so,dek kerana laptop di UK mahal so sehari sebelum nak fly tu sibuk mencari laptop la.. hehehe... Dan dengan harga claim yg as per bill/receipt maka kenalah cari yang padan dengan harganya kalau tak rugi la ye dak? hehehe...maka keluarlah MACBOOK AIR sebijik! hehehe...

Alhamdulillah merasa lah jugak!

DOKUMEN

Penting!!! Pastikan semua dokumen2 anda telah lengkap,dan kalau boleh letakkan dalam satu fail atau pocket zip file yg senang nak pegang dan bawa. Passport/Visa,TB Test result,Flight ticket.

THEN? hehehe

Ready to fly lahhh.. hehe

InsyaALLAH bersambung lagi nanti... tqvvm


UBAH ATAU REBAH


Assalamualaikum wbt

Esok tarikh penting bagi 150000 ahli  United Malays National Organization yang layak mengundi untuk memilih kerusi ketua sayap Wanita,Pemuda,kerusi Naib Presiden dan juga Ahli MT bagi penggal akan datang.

Pemilihan kali ini,merupakan pemilihan pertama yang saya begitu ambil berat dan scr terbuka memberi sokongan kepada calon2 yg bertanding. Secara jujurnya,pemilihan kali ini sy kira sebagai saat2 penting nadi perubahan parti keramat ini. Sy percaya,jika 150 ribu perwakilan memiliki keinsafan yang tinggi dalam membawa agenda perubahan dalam UMNO,arus perubahan akn menerpa parti berusia lebih separuh abad ini.

Kalau tanya pada saya,apakah pilihan hati,mungkin ini jawab nya : 

Naib Presiden 1 : DS Zahid Hamidi
Naib Presiden 2 : DS Shafie Apdal
Naib Presiden 3 : Dtk Mukhriz Mahathir 


Ketua Wanita : Raihan Sulaiman Palestin 

Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin 

Buatlah pilihan yang tepat! 150ribu perwakilan,bisa merUBAH, atau mungkin juga boleh membawa REBAH! 

-HM-
Cardiff,Wales,
United Kingdom

05 October 2013

Kering Pahala,Basah Dosa

Nafas yang kita hela,
Bukan bermakna kita yang empunya,
Nyawa yang tersisa,
Bukan beerti buat selama-lamanya.

Ada dua jalan yang kita boleh pilih bersama,
Samada mahu pahala atau dosa,
Mahu menuju syurga atau neraka.

Pilihan kita mungkin sahaja memeritkan dunia,
Tetapi insyaALLAH,ianya kebaikan di sana.

Walau siapa pun kita,
Jangan pernah lupa asal usul kita.

Pesan Baginda,mudah sahaja,
Pegang Kitab dan As-Sunnahnya,
Nescaya tiada sesat bercempera.

Ini coretan buat hamba yang banyak dosanya,
Dan juga diri yang tidak pernah melimpah pahalanya,
Moga jadi pedoman buat semua.

Selamat Malam 

-HM-
Cardiff,Wales.
23:24PM
4 Oct 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London PART 3

Assalamualaikum wbt.

Hai semua..insyaALLAH sudah ramai yang bertanya tentang pengalaman biasiswa yang ABT lalui. Moga perkongsian ini bermanfaat buat sahabat2 di luar sana. Ramai juga yang bertanya kenapa KOTA LENDU ke KOTA LONDON? hehehe nantikan jawapannya di episod terakhir entri ini hahaha... Tunggu...


PENGALAMAN BIASISWA


Untuk para pelajar lepasan Diploma memang akan memburu tempat terlebih dahulu di universiti sebelum memohon untuk mana-mana biasiswa.Seperti yang ABT pernah katakan di entri2 yg lepas,untuk pelajar lepasan Diploma memang agak sukar sedikit kerana fokus kebanyakkan pemberi biasiswa adalah untuk pelajar lepasan SPM.


Cerita coretan suka duka ABT dalam mengejar biasiswa ini amat perit jugak. Bermula dari bulan 7 atau 8 sudah mula mencari-cari mana-mana organisasi yang membuka permohonan untuk biasiswa.Maybank,MDB (Malaysia Development Bank),Yayasan TNB,Sime Darby,Khazanah dan Petronas.Sebenarnya banyak lagi yang tak popular pun kalau bukak mohon je.


Permohonan biasiswa ini biasanya dijalankan secara online muat turun borang dan sebagainya ada yang kena email dan ada juga yang kena post. Dalam email kita tu sometimes perlu attached sijil2 kita.


Syukur dalam banyak2 permohonan tu ada feedback hanya dari Sime Darby,Khazanah dan Petronas.

Untuk Sime Darby dia hanya tawarkan untu IPTA dalam negara sahaja.So ABT tolak.Khazanah pulak tak  Stage 1 dah kantoi haha..takdelah susah mana but maybe not prepare kot. Alhamdulillah tunggu punya tunggu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri ABT dapat kol daripada pihak Petronas yang mengatakan ABT terpilih untuk sesi interview iaitu 3 hari sebelum Hari Raya huhu...

Persediaan Biasiswa Petronas 


Syukur sangat2 sebab dapat bantuan daripada my big brother Hisham Mohamad yang berpengalaman dalam bidang interview ni...Persediaan memang cukup untuk Petronas ni. 3-5 kali juga buat mock-interview hehehe..Untuk pengetahuan semua interview Petronas ni adalah mengikut konsep Potentia Interview.Ianya terbahagi kepada dua bahagian :


1) Individual Interview - Sesi ini hanya kita dan interviewer dalam 3 orang. Perkenalkan diri dan bentangkan opinion kita berdasarkan case study yg pihak petronas beri pada awalnya (ada kuarantin time before start the session) Masa time ni ABT dapat case study about CSR Corporat Social Resp. hehe.. so buleh ler goreng2 sampai hangus ehehe ...Interviewer tak tanya banyak soalan pun. 


2) Group discussion - Pernah amek MUET ? Haaa lebih kurang sama la ni.. case study yg diaorg bagi tadi kita kena kupas mengikut role yang sudah ditetapkan contohnya kalau kita candidate A kena sokong CSR so kita kena pertahankan lah pendirian kita. Time ni dia nak tengok kebolehan kita dalam discussion dan analytical thinking.


InsyaALLAH pasal interview ni akan dikupas dalam entri lain. Lebih padat dan informative lagi..insyaALLAH.


KEPUTUSAN BIASISWA


Lama sangat... itu je nak tulis hahaha.. bayangkanlah sampai saat org2 lain dah terbang pun Petronas belum beri jawapan lagi.Hehehe mungkin ada masalah di pihak atasan.Tetapi syukur segala2nya ditetapkan ALLAH dengan hikmahnya yang tersendiri. Keputusan biasiswa: ABT terpilih dalam lebih kurang 200 lebih calon yang menghadiri temuduga.Alhamdulillah hanya ALLAH yang tahu saat itu. Ketika itu Ummi and Abah adalah orang yang pertama ABT peluk huhu... 



Okey itu sahaja untuk kali ini...bersambung ke next entri !


p/s: Nantikan sampai akhir sebab ABT akan terangkan kenapa tajuk entri ini sedemikian rupa! hehehe... Gambar bersama dengan team interview petronas. hehe.. Tu KLCC la kalau x kenal...hehe


ADIOS! 


HAZWAN MOHAMAD

CARDIFF,WALES.
UNITED KINGDOM 
23:01
5 OCT 2013

04 October 2013

Gelora Bung Karno





Bung Sukarno pernah berkata 
"Berikan auk sepuluh pemuda,nescaya akan kugoncang isi dunia". 

Maka peganglah sekalian pemuda,
Akan keramatnya kata-kata seorang pembela.

Ianya juga hasil sirah perjuangan Baginda,
Usia muda bukan penghalang untuk berjuang di landasan agama.


Tanamkan dalam hati serta jiwa,
Agar kita anak muda dikurnia sifat sederhana,
Zuhud dalam mengejar isi dunia,
Tetapi progresif mengejar kehidupan disana,
Mengumpul pahala buat bekalan bersama.

Moga kekuatan yang ada,tidak akan disia,
Moga kelincahan yang dikurnia,tidak akan tersisa,
Moga kepetahan yang diberi,tidak akan melata.

p/s: Secebis kata2 untuk diri sendiri dan kawan2 di luar sana,..coretan sebelum masuk tidur hehehe...Goodnight. AsSalam.

HAZWAN MOHAMAD
Cardiff,Wales.
00:23 AM
4 OCT 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London PART 2

Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari entri yang lepas. Ramai yang bertanya tak perlu apply scholar ke ...macam mana nak apply biasiswa dan sebagainya. InsyaALLAH entri ni ABT akn terangkan moga bermanfaat buat semua.

PERMOHONAN BIASISWA

Seperti yg ABT ckp semasa entri lepas,disebabkan kita adalah pelajar lepasan diploma,tak banyak yang sudah ditawarkan scholar pada mulanya.Tak macam student2 fresh lepasan SPM mereka memang sudah ditawarkan biasiswa dan kemudian buat persediaan di Malaysia dahulu sebelum fly.

Sejujurnya ABT katakan biasiswa yang dibuka untuk pelajar lepasan Diploma memang terhad. Memang akan dibuka untuk semua contohnya Bank Negara,Maybank mereka akan announce di surat khabar online dsb terbuka kepada lepasan SPM dan diploma.Namun mengikut pengalaman ABT memang kebanyakkannya akan memberi fokus terlebih dahulu untuk pelajar lepasan SPM.

Antara biasiswa yang akan dibuka seawal bulan 7 lagi,adalah MAYBANK,MDB,PENERAJU,YAYASAN TENAGA NASIONAL,SEKURITI MALAYSIA dan banyak lagi boleh google lah. JPA? MARA? Takde ke? hahaha ini tak berani nak cakap sebab ianya bergantung kepada polisi mereka untuk tahun itu.Contohnya,masa tahun ABT tu MARA buat polisi untuk taja scholar kepada MASTER atau PHD sahaja. Kalau untuk undergraduate MARA hanya akan sediakan LOAN / PINJAMAN sahaja. JPA pulak,untuk tahun ni, hanya provide biasiswa untuk mereka yang sudah mendapat tempat di 10 Universiti terbaik Dunia yang diranking oleh QS itu sahaja.Memang ramai la kawan2 bangsa Cina time ni hadir untuk interview JPA (hehehe pernah pegi interview ni walau tak layak,next entri ABT cerita) . Jadi? Apa nak buat? hehehe my advise is MOHON sahaja lah semua sekali.. Nampak je bukak application untuk apa2 juga biasiswa,terus submit application ye.

Ingat,untuk mohon universiti sangat mudah sebenarnya..even pointer untuk mohon ke UK hanyalah 3.5 dan keatas. Tetapi, perit sikit untuk dapat tempat di mana2 biasiswa ini. Maka berusahalah untuk dapatkan pointer yang terbaik supaya ianya dapat memudahkan proses pemilihan anda untuk hadir interview mana2 organisasi.

Lepas ni entri ABT akan bersambung dan bercerita tentang pengalaman permohonan dan persediaan interview PETRONAS.InsyaALLAH... Jumpa lagi ya.. Assalam.

02 October 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London Part 1

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.. haha gempak kan tajuk entry ABT kali ni..saje je nak feeling sikit. Seperti yang dijanjikan insyaALLAH dalam entri ini sy akan memuatkan beberapa warkah penting perjalanan pencarian ilmu di bumi Allah ini. Bukan apa,sekadar perkongsian agar dapat membantu serta memudahkan sesiapa sahaja sahabat2 di luar sana yang berhajat untuk sama2 mengembara mencari ilmu di bumi Britain ini.Especially untuk para lepasan DIPLOMA macam ABT lah..untuk lepasan SPM/matriks dan sebagainya boleh refer penulisan lain insyaALLAH.

NIAT 

Straight to the point,proses pertama untuk belajar di UK (mengikut flow yg ABT lalui lah). Pertama mesti betulkan niat! hehehe.. ya memang benar best sangat dapat belajar dan pergi ke negara orang,apatah lagi negara2 yg empat musim katanya... Hehehe...namun perkara pertama sekali adalah untuk kita sama-sama betulkan niat. Niat untuk menuntut ilmu itu yang perlu diletakkan sebagai asas tunjang utama pengembaraan ekspedisi ini. InsyaALLAH ianya akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Sama2 kita niat dan perbaharui niat.

PERMOHONAN

Ramai bertanya,bagaimana untuk kita mohon universiti di luar negara ni. Senang sahaja,kalau ikut pengalaman ABT ianya adalah satu urusan yang cukup mudah sebab kita boleh terus mendapatkan bantuan daripada agen2 pendidikan di Malaysia.Contohnya dalam kes ABT ni,saya menggunakan agen MABECS klik sini  www.mabecs.com . Jadi urusan permohonan untuk ke universiti di UK ni akan di bantu dan diurus kan SECARA PERCUMA oleh MABECS ni. 

Urusan di MABECS ni kalau by phone tak mudah sangat,kena pegi juga ke office mabecs dan ask them face to face. Itu lebih mudah dan senang untuk anda.Pihak mabecs akan tanya anda ambil kursus apa dan adakah sudah mempunyai pilihan mana-mana universiti.Kalau tidak ada lagi your consultant will show you the best option according to your courses. BILA NAK PEGI JUMPA MABECS? The answer is : NOW! SEKARANG! Biar awal orang kata slow-slow kayuh. Tapi my advice is sempat lagi kalau dah dapat result Semester 5. Jadi nanti pihak mabecs akan guide kamu semua sampai lah urusan permohonan settle.

Perlu diingatkan setiap kali permohonan dia akan ada bayaran,tak silap dalam RM200++ in US Dollar payment made by credit card.Dan boleh apply untuk LIMA Universiti per application.Ala macam UPU lah...

Selain bayaran,apa lagi yang diperlukan ? 
1) Result time kita Semester 5
2) IELTS ( My suggestion,tanya betul2 samaada universiti yang kamu pilih ada perlukan atau tidak.Sebab kebanyakan universiti,hanya perlukan result GCSE (time SPM ENGLISH 1119 kita tu) itu sudah memadai for admission.Tetapi banyak jugak la yg perlukan IELTS ni,Jadi kena sit for that exam awal2 lah.Make sure all the preparation well done.Sebab harga dia bukan RM6 but RM660 ... huhu... sadiss...

Permohonan ni make sure kamu semua keep on track apa2 yang diperlukan nanti akan diberitahu kemudian,jadi pastikan kamu semua sentiasa up to date dengan status permohonan.

All in all,tidak ada apa pun yang perlu dirisaukan dengan permohonan universiti,sebab kalau anda pilih untuk bersama dengan AGENSI macam mabecs ker ADP ke dan sebagainya lagi.Ianya amat lah memudahkan.

Ada banyak lagi perkara yang anda perlu drisaukan sebenarnya.. insyaALLAH akan diberitahu dalam next entry... 

Bersambung Part 2 

Amarah Anak Muda



Jangan tanya kenapa anak muda bangkit amarahnya,
Bukan sahaja untuk suka-suka,
Tanya kami kenapa begitu murka,
Jangan dibiar lama amarah anak muda,
Kelak pasti merana.

Kalau ditanya pada Sang Pengembara,
Punya jawapan untuk dikongsi bersama,
Sesungguhnya,anak muda,kami CAKNA.

p/s: Laporan Audit Negara yg baru keluar ni bukan cerita baharu buat tatapan anak Malaysia.Dari dahulu lagi pun begitu jua.Persoalannya,sampai bila boleh menelan ini semua? 

HAZWAN MOHAMAD
Cardiff,Wales,
United Kingdom.


19:10PM
1 October 2013


Hakikat Perjuangan United Malays National Organization

.

Assalamualaikum wbt.

Tarikh Pemilihan Agung UMNO 2013 semakin menghampiri. Bagi saya ianya merupakan tarikh2 terpenting kemandirian sebuah parti keramat yang bernama United Malays Nation Organization. 

Sy melihat dari jauh akan hakikat sebuah perubahan "THE CHANGE" yg peri pentingnya tiada akan kita ketahui untuk sebuah penerusan warisan leluhur nenek moyang kepada generasi Y dan Z.

PERUBAHAN! Ya sebuah perubahan,yang memungkinkan parti ini bakal membawa legasi yang baik atau memahatkan paku terakhir di kerandanya sendiri bagi mendepani PRU14.

Keputusan ahli2 parti untuk tidak mencabar kerusi empuk Tuan Presiden dan Timbalannya saya hormat penuh.Aura NAJIB-MUHYIDIN ini masih kuat infra nya justeru agak kurang setuju andai ianya di lemahkan.

Namun dari sudut posisi kepimpinan lainnya,tampak cabaran yg dihulurkan tidak kurang hebatnya. Naib Presiden,Ketua Pemuda,Ketua Wanita semua penyandangnya tidak senang duduk. Apatah lg untuk kerusi Naib Presidennya.

Apa pun jua,tanggal 10 Oct ini ahli2 parti bakal mendepani satu perubahan baharu dari sudut pemilihannya.Sistem mungkin sudah baik,namun bagaimana pula tentang sikap dan minda nya.

Parti keramat ini,usianya sudah lebih separuh abad,pemimpinnya bersilih ganti,yg baik yg kotor pun ada.Apa yg perlu kita ketahui hari ini adalah,andai UMNO tidak BERUBAH,jangan hiba tatkala REBAH!

STOP! POLITIK WANG
BERSIHKAN UMNO

HAZWAN BIN MOHAMAD
20:15PM
Cardiff,Wales,UK.

Salam Sang Pengembara di Bumi Asing

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama sangat tidak update blog atas kekangan masa dan sebagainya.


Syukur,pendirian,perjuangan,masih bermatlamat yang sama. Iaitu demi perjuangan Alif Ba Ta. Agama. Bangsa.Tanahair.


Cuma yang berbeza kini ABT berjuang di alam maya namun berpijak di bumi asing.Bukan Malaysia lagi tanah yang diinjak,bukan lagi langit Tanah Melayu yang ABT junjung.


ABT kini sudah selamat sampai di Bumi Wales,United Kingdom. Menyambung perjalanan pencarian ilmu Tuhan yang Maha Besar di University of Cardiff dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. (Bsc in Accounting & Finance ) insyaALLAH selama dua tahun.


Perjalanan pencarian ilmu ini tidak akan terhenti.Moga segala apa yang kita usahakan demi mencari ilmu ini diredhai Ilahi. 


InsyaALLAH jika diizinkan, ABT akan mencoret beberapa naskah untuk tatapan semua tentang perjalanan pencarian ilmu di bumi orang ini dalam warkah yang akan datang. Mohon doa semua agar dipermudahkan olehNya.


Adios.


-HM-

Cardiff,Wales,
United Kingdom.
21:24PM
1 October 2013