ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 May 2013

Tahniah! Suara Orang Muda dalam Kabinet Menteri


Tidak terlambat ABT kira untuk mengucapkan syabas dan juga jutaan TAHNIAH kepada Ahi Parlimen Rembau Saudara Khairy Jamaluddin atas pelantikan amanah sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang pasti, pelantikan ini mesti dilihat sebagai satu peluang kepada semua anak muda di Malaysia. Ya lah, bukan mudah untuk dapat tengok anak muda dalam barisan kabinet Malaysia! haha gurau2. Apa yang pasti ungkapan panas oleh Menteri ni,seawal bangkit sebagai Menteri di KBS adalah:

"Wahai anak muda,saya nak beritau,Kementerian Belia dan Sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bukan Kemneterian Belia dan Sukan Barisan Nasional",. KJ

Haha! Memang bagi sesetengah yang anti-KJ ni melihat ungkapan ini ungkapan yang bawa sesuatu yang tak baik! Tapi apa2 pun, apa yang diungkapkan oleh KJ adalah benar belaka! Bahawasanya, menteri2 yg ada ini adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia,bukan kepunyaan ahli poltiik! 

Justeru itu,ABT melihat kepada keupayaan dan kredibiliti KJ untuk memenangi hati orang muda! Moga pendekatan yang beliau bawa akan merapatkan lagi golongan muda belia kearah biru! 

Antara cadangan ABT dalam industri sukan :
-Isu kualiti bola sepak malaysia (FAM)
-Isu Badminton BAM

Dua isu ini kalau dpt ditambahbaik oleh YB, sudah cukup untuk membawa kembali sinar harapan buat sukan Malaysia! Walaupun byk lagi sebenarnya masalah yg ada, tp cuba dulu yg ni...

Oh YA! Kementerian ni bukan untuk sukan sukan sukan sahaja ye! Belakang nama kementerian ni ada terselit perkataan BELIA!

Moga YB juga tidak terlepas pandang tentang isu BELIA negara masa kini! 
Cadangan ABT :
-Isu2 terkini Mahasiswa
-Wujudkan pelbagai aktiviti yang dekat dengan golongan muda remaja kita!

Selamat Menjalankan Tugas Abg Menteri! Kalau tua sikit panggil Pak Menteri! 


PARTI TUNGGAL ?

24 Mei yang lalu, cadangan untuk Barisan Nasional menjadi sebuah parti tunggal terluah dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin. Cadangan ini turut merujuk kepada cadangan daripada mantan Presiden Gerakan di P.Pinang untuk menjadikan parti Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang tunggal.

Hari ini setelah lebih dari 50 tahun parti Barisan Nasional ini didukung erat lebih 14 parti-parti komponennya,bersediakah mereka yang dibentuk dengan pelbagai parti dengan bermacam ragam ideologi ini untuk menerima hakikat kesediaan untuk penggabungan ini?

Barisan Nasional yang berjaya membentuk kerajaan persekutuan 5 Mei lalu disifatkan sebagai kerajaan yang masih belum kuat sepenuhnya. Apatah lagi dalam keadaan masa kini, serangan dari pihak sebelah sana amat mengancam kedudukan parti ini bagi memastikan pemerintahan mereka kekal.

Walaubagaimanapun ABT suka untuk meluahkan sedikit pandangan tentang cadangan untuk mewujudkan sebuah Parti Tunggal Barisan Nasional. Ada dua perkara,jika kita analisis dari kedua-dua sudut pandang negatif dan positif ini, kita boleh lihat di mana kekuatan cadangan ini.

Positif
Dalam suasana penerimaan masyarakat Malaysia yang wujud hari ini,kesediaan mereka terhadapap sebuah parti yang tidak mengamalkan perkauman dilihat bisa menjadi titik platform yang sangat baik. Perubahan! Ya atas nama perubahan, masyarakat masa kini sangat lelah dengan kuasa perkataan UBAH! Justeru dalam menilai cadangan ini,ianya bersifat transformasi. Dalam erti kata sebenar,penggabungan ini boleh dilihat antara agenda trasnformasi politik DS Najib yang paling agresif dan mengujakan! Bergabung tidak semestinya ideologi2 politik parti komponen yang lama dibiar sepi. Kita perlu ingat,walaupun ianya bergabung menjadi satu,wakil-wakil yang lama masih ada dan tetap utuh. Dan yang paling penting, kekuatannya adalah tentang bagaimana membina sebuah kapal yang sangat teguh serta stabil. Pada hemat ABT, penyatuan ini bukan lah satu cadangan yang mustahil. Kerana apa? Sejak sekian lama ini pun, kita sudah terbiasa, yang memerintah negara adalah Kerajaan BN bukan Kerajaan UMNO! Begitu juga di Sabah, Sarawak dan P.Pinang suatu ketika dahulupun ianya tetap dikenali sebagai kerajaan BN!

Negatif
Namun, dalam kita sibuk mencadangkan penyatuan dan penggabungan ini, kita perlu sedar akan apakah sebeenarnya kelemahan utama kerajaan yang ada kini. Adakah dengan ideologi parti mengikut kaum ini adalah punca sebenar? Atau ada perkara lain yang menyakitkan hati rakyat jelata sehingga terzahir di kertas undi? Penggabungan ini akan jadi lebih parah jika sekiranya dijadikan mainan politik pembangkang. Malah jika tersilap percaturan,mungkin sahaja penggabungan ini akhirnya merugikan BN itu sendiri. Isu tentang bisakah seorang pemimpin mampu mengawal dan menyelesaikan pelbagai isu2 berkaitan kepelbagaian kaum di Malaysia ini? Melayu,Cina,India,Kadazandusun,Iban,Dayak,dll. Perlu diingatkan bahawa kita memiliki pelbagai kaum dan terlalu banyak jika kita hitung satu perstau permasalahan setiap dari etnik2 ini. Maka sebab itu lah bagaimana untuk seorang pemimpin, mampu memberi impak dalam setiap kaum2 dan etnik2 yg ada di Malaysia ini.

Akhirnya,walau apa pun yang paling penting adalah DS Najib dan kepimpinan BN mendapatkan seorang penasihat yang bisa melahirkan idea2 yang menarik dan baik serta berkualiti. Apa yang paling penting kini adalah masa untuk KERAJAAN 5 MEI ini, meletakkan RAKYAT melebihi kepentingan sendiri dan juga politik! 

hazwanmohamad
11.05pm