ALIF BA TA

ALIF BA TA

31 January 2011

TINDAKAN MALAYSIA TERHADAP MAHASISWA/WI DALAM SUASANA ANARKI DI MESIR

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah hari ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu di Malaysia). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu, menurut Muhyiddin lagi.


Wisma Putra dalam satu kenyataan pula turut menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.


Dua bilik operasi juga telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.


Bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, pihak MARA masih meneliti perkembangan pelajar Malaysia di sana dari masa ke semasa dan menganggap keadaan adalah terkawal. Ketua Pengarahnya, Ibrahim Ahmad akan bekerjasama dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat dan arahan untuk tindakan selanjutnya.


Namun begitu tindakan oleh kerajaan Malaysia, ibu bapa kepada para pelajar Malaysia di sana dimaklumkan oleh kebanyakan anak-anak mereka ialah keadaan mereka di sana dalam keadaan yang perang yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di dalam kediaman mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, masalah keselamatan amat teruk di sana kerana penduduk yang berdemonstrasi mengambil peluang untuk mencuri, merompak dan melakukan jenayah di dalam situasi anarki buat masa ini.

Malah, pelajar-pelajar Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan kerana keadaan anarki di Mesir menyebabkan banyak kedai dan pasaraya ditutup. Tindakan kerajaan Malaysia yang enggan menghantar kapal terbang tentera udara bagi mengambil pelajar Malaysia adalah dikesali, menurut kebanyakan ibu bapa di sini.


Mereka hairan tindakan kerajaan Malaysia yang ada hingga menyifatkan kerajaan BN berbuat demikian kerana ‘menghukum’ pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang didakwa mereka ramai yang tidak menyokong parti pemerintah BN. Malah, ada yang beranggapan kerajaan BN bimbang pelajar-pelajar ini akan membawa sentimen yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang boleh menggugat kerajaan BN.
Insiden yang semakin memburuk di Mesir itu telah menyebabkan beratus-ratus penduduk negara itu telah terbunuh. Malah, wujudnya kumpulan militan bermaharajalela mengambil kesempatan yang berlaku itu untuk menggempur penjara-penjara seluruh negara itu bagi membebaskan rakan-rakan mereka.
Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.
Ramai ibu bapa di Malaysia berasa kesal dengan keputusan Muhyiddin yang disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu. Namun begitu, mereka berharap kerajaan Malaysia berfikiran professional dan bertanggungjawab di atas nyawa anak-anak muda pembina Malaysia di masa hadapan dengan menghantar pesawat mengambil mereka pulang buat sementara waktu.


-KLToday.com

30 January 2011

KERANA SAYUR DAN BUAH - SEMENANJUNG ARAB BERGELORA

dari blog TEH GELAS BESAR

Salam salute kepada hero kepada bangsa manusia - Mohammed Bouazizi.



Bouazizi mengingatkan aku


Kepada seorang sami Thich Quang Duc


Yang membakar diri


Demi demokrasi


Demi harga diri


Demi kebebasan diri






Bouazizi - lihatlah apa yang kau telah lakukan


Kau telah cetuskan apa yang Karl Marx sabdakan


Kau telah mulakan apa yang Mikhail Bakunin sabdakan


Revolusi!Revolusi!Revolusi!


Demi maruah diri


Demi emansipasi diri






Roh kau di atas sana


Apakah kau sedang memerhatikan


Anak muda bertempur dengan sang penguasa


Amarah dan perit akibat penindasan


Perit yang kau pernah lalui


Mereka juga turut sama rasa sakitnya


Kau pencetusnya






Bouazizi - kau adalah wiraku


Alam ini tidak akan pernah memaafkan


Dosa yang dilakukan ke atas kamu


Dan alam ini mendengar mengerti


Semoga kau tetap bersemi bersama jasad kami

Menentang penzaliman dan penjarahan
Seluruh kuasa daulah kini sudah kecut telur.Dari Obama ke Hosni Mubarak,dari Ben Ali ke mereka yang sibuk-sibuk nak melesenkan Facebook dan blog.Mereka tahu kalau rakyat bangkit - apa yang mereka harus lakukan ialah mengerah seberapa banyak balachi untuk memukul rakyat.Ada beza antara pengaman dan balachi - mereka yang pengaman akan berpihak kepada mereka yang tertindas.Mereka yang balachi adalah mereka yang selalu mengepau rakyat dengan buat sekatan jalan raya serta menjual ketakutan kepada rakyat dengan memeras ugut dengan pelbagai macam undang-undang.
Gamal Mubarak dan anak bini lari ke London.First Lady sudah mula di lapangan terbang terkontang-kanting dengan beg pakaian.Hosni masih bersembunyi di Sharm el Sheikh.Walaupun bertempur - masih ada dua fraksi dalam pasukan polis dan tentera - mereka yang ingin menjadi balachi - dan mereka yang ingin menjadi pengaman.
Kerana sayur dan buah Bouazizi - seluruh rakyat Arab bangkit.Di Tunisia masih lagi berlaku bantahan sehingga saki-baki barua Ben Ali diusir dari tampuk kuasa.Di Mesir - kemarahan 25 Januari sudah merebak di seluruh negara.Dari Kahirah ke Iskandariah,dari Suez ke Giza - kemarahan sudah mula merebak.Di Jordan rakyat mula mengangkat kubees roti Arab sebagai tanda protes ke atas kenaikan harga barang.Di Syria rakyat mula protes dengan keluarga al-Assad - baik Hafiz atau Bashar.Kedengaran sehingga ke Belarus dan Belgium,dan mungkin merebak di seluruh dunia.
Bila kali terakhir perkara ini berlaku?Tianammen Square 1989 dan Blok Timur Eropah Soviet yang jatuh sehingga tumbangnya Tembok Berlin sebagai satu tanda signifikan Stalinisme sudah tumbang.Di Iran sudah mula ada rakyat berdemo dan berprotes dengan pemerintahan kuku besi Ahmadinejad.Dan di mana-mana - orang sudah mula bercerita tentang revolusi.Bahkan tadi semasa pergi ke kedai membeli barang - wanita dandan rambut dan gincu bibir juga bercakap tentang keberanian anak muda Tunisia dan Mesir.Mungkin mereka segelintir di kalangan seluruh rakyat Malaysia - tapi mereka sudah bercakap tentang revolusi.
Satu konsep yang saya pegang - apa jua konsep negara - baik negara autoritarian,Islamist atau Stalinist - semuanya berakhir dengan sengsara.Dunia paling aman ialah dunia tanpa negara.Manusia adalah satu species Homo Sapiens yang gene poolnya saling berkait antara satu sama lain.Manusia mencipta ilusi negara hasil dari hasil pemilikan tanah.Itu adalah sejarah yang wajar rakyat tahu.Segalanya bermula bila rakyat sudah pandai bertani dan berternak haiwan ternakan - dan wujud dua kaum - yang memiliki tanah dan tidak memiliki tanah.Yang memiliki tanah ialah kaum pemerintah dan yang tidak memiliki tanah ialah rakyat jelata yang diperintah.Itu konsep jelas selama 10,000 tahun dari zaman Hammurabi hingga kini.
Cuba lihat bumi ini.Siapa yang mencipta garis-garis di peta ini?Ini tanah aku,ini tanah aku,dan ini tanah aku.Pencarian tanah manusia bermula sejak manusia mencari sumber ekonomi.So jangan ada lagi berbulshitasi dengan macam-macam auta tentang penubuhan negara - semuanya tentang ekonomi.Portugis takkan berlayar sampai ke Selat Melaka semata-mata kerana Alfonso D'Albuquerque jatuh cinta dengan kecantikan Tun Teja.Jepun takkan datang menyerang Pearl Harbor kerana gadis kimono tidak seseksi gadis bikini Hawaii.Amerika tidak menyerang Iraq kerana Saddam Hussein lebih tampan dari Bush Sr - ini semua kerana faktor ekonomi.
Jadi pemerintah-pemerintah atau asalnya pemilik-pemilik tanah ini mahu terus meluaskan tanah mereka untuk sumber ekonomi mereka.Dan selalunya merekalah berada di ruang yang paling selesa ketika perang.Yang selalu jadi buah catur mereka adalah mereka yang tidak memiliki apa-apa hasil dari ekonomi ini iaitu rakyat.Rakyat diupah menjadi soldadu untuk mengorbankan diri demi si tuan tanah.Selamanya ayatnya begitu.Nasionalisme adalah benda poyo yang digunakan bagi menjadikan mereka yang tidak memiliki tanah untuk mati dalam keadaan yang bermakna.Lumpuh dalam keadaan yang bermakna.Tetapi makna itu hanya diungkapkan setahun sekali dengan kalungan bunga di Tugu Negara setiap Hari Pahlawan.


Jadi kematian mereka adalah untuk si tuan tanah bukan untuk kemerdekaan diri sendiri.Kematian mereka adalah untuk kekayaan bini tuan tanah untuk membeli jam Patek Phillipe yang bernilai RM500,000 seutas.Kematian mereka adalah untuk rumah agam serta intan berlian anak perempuan tercinta si tuan tanah.Bukan untuk diri sendiri.Bukan untuk mereka yang turut bekerja dan memburuh - dan tidak memiliki tanah.
Ini bukan pertama kali mereka yang tidak memiliki tanah bangkit melawan tuan tanah.Spartacus memimpin hamba untuk bebas dari cengkaman pembesar-pembesar Rom dalam Perang Servile ke-tiga.Banyak lagi kebangkitan rakyat selepas itu.Kebangkitan kaum pekerja menentang Czar di Russia sehingga tumbangnya kuasa Czar itu - tetapi ditipu oleh kaum elitan yang menggunakan nama pekerja sebagai memburu kuasa.Mereka di Iran - mengunakan teokrasi dan agama - tetapi memburu kuasa dan menindas rakyat dengan kezaliman.Jadi - mereka yang bangkit menentang adalah mereka yang masih tidak memiliki tanah.Mereka yang memiliki tanah - sama ada memakai mahkota,memakai tengkolok,memakai beret tentera,memakai tali leher,atau memakai serban - tetap akan menindas mereka yang tidak memiliki tanah.Ini adalah rukun bernegara - selain pihak yang tidak memiliki tanah sahaja yang perlu mengikut undang-undang - dan tidak kepada pemilik tanah.Ini telah dicakapkan sendiri - oleh Hammurabi sendiri.
Jadi hukumnya - selagi ada negara - selagi itu ada pemilik tanah dan mereka yang tidak memiliki tanah.Mereka yang memiliki tanah bermakna memiliki ekonomi.Kerana tanah adalah sumber ekonomi - berpijak pada bumi dan di situlah sumber kehidupan.Mereka yang tidak mempunyai tanah tidak mempunyai pilihan selain menjadi hamba abdi kuli batak pekerja demi makanan yang mereka sendiri tanam.Atau pakaian yang mereka sendiri jahit.Atau rumah yang mereka sendiri bina.Sedangkan yang memiliki tanah - mengawal dan memisah-misahkan antara mereka supaya tidak bersatu menentang tuan tanah.
Lama-kelamaan mereka yang tidak memiliki tanah merasa bosan kerana hasil keringat dan peluh mereka tidak menghasilkan untuk diri mereka sendiri.Lama kelamaan undang-undang yang membelenggu mereka tidak lagi mereka tahan.Mereka lawan dan tentang mereka yang memiliki tanah.Bagi saya - jika anda mempercayai Tuhan atau apa jua kuasa yang berkuasa - idea untuk bernegara harus ditolak tepi.Mereka yang atheist pula tidak harus menyokong idea untuk bernegara kerana kita semua datang dari satu atom yang meletup ketika sebelum Planck Epoch pada Big Bang.Kerana tidak ada siapa yang harus memiliki tanah - tetapi harus berkongsi bersama demi kesejahteraan bersama.Idea ini terlalu murni dan kudus serta jujur serta dilihat begitu berdosa kerana seperti kata rakan saya Haizal Yatiran - "kejujuran itu adalah satu dosa".
Jadi - mereka yang melawan bukanlah mereka yang mahukan peperangan.Mereka mahu mereka yang memiliki tanah untuk turut bekerja untuk ekonomi dikongsi bersama.Mereka yang berlawan bukanlah mat gedebe yang suka pukul-pukul orang.Mereka mahu supaya tuan tanah yang pemalas tapi memiliki sumber ekonomi untuk bekerja macam mereka - kerana keringat mereka diklepet dengan bermacam-macam benda disekeliling mereka.Menjadi hamba konsumerisme.Menjadi hamba kepada nasionalisme,menjadi hamba kepada ahli politik dan menjadi hamba kepada fatwa yang dikarang sendiri oleh dua-tiga kerat ahli agama yang menyokong tuan tanah.Paling malang adalah mereka yang menjadi hamba kepada sekeping kertas yang diberitahu nilainya oleh tuan tanah - "ini nilai tenaga anda - sekeping kertas,terima kasih - dengan kertas ini anda boleh menukarkan dengan barang yang anda sendiri buat untuk keunutngan kami".
Saya percaya dunia yang aman adalah dunia tanpa negara.Dunia tanpa negara adalah dunia tanpa tuan tanah - kita semua manusia mengusahakan tanah tanpa dikerah tuan tanah.Tanpa kerahan dari segi cukai,tenaga mahupun fikrah.Dimana setiap dari manusia bekerja untuk melengkapi kehidupan manusia lain.Tidak siapa yang menjadi tuan kecuali Tuhan/alam/atom Planck Epoch/(sila letak nama Penguasa anda sendiri) yang anda percaya.Kepercayaan hanya bersifat peribadi dan tak boleh dipaksa kepada orang lain,dan hanya anda yang menentukan kepercayaan anda sendiri berdasarkan pengalaman dan pegangan.Tidak ada penguasa yang harus memberitahu apa yang anda harus percaya,tidak harus memberitahu apa yang dilarang dan apa yang perlu dibuat.
saya percaya dunia tanpa negara ni mungkin akan wujud pada hari saya mungkin sudah menjadi fosil.Dengan pemikiran serta fikrah manusia yang masih lagi berpuak-puak,masih lagi melihat perbezaan kepercayaan atau seksual orientasi,masih lagi melihat warna kulit,masih lagi menjadi hamba kertas,hamba barang,hamba jenama dan hamba sistem.Saya percaya dunia tanpa negara hanya akan wujud jika ada lagi insan seperti Bouazizi bangkit melawan pada setiap generasi.Dan saya percaya - jika akhirnya kita semua manusia sebelum kita melelapkan mata untuk tidur untuk kita fikirkan sejenak betapa kita manusia harus saling melengkapi sesama kita agar kehidupan ini lebih bermakna,mungkin dunia tanpa negara itu semakin cepat untuk kita capai.
Tapi insan seperti Ben Ali,Hosni Mubarak,Bashar al Assad atau Raja Abdullah tidak pernah berfikirkan perkara ini.Yang difikirkan bagaimana untuk terus mengerah keringat rakyat serta memecahbelahkan mereka dari bersatu.
Salam salute buat Mohammed Bouazizi.Kerana anda - anak muda bangkit berjuang

BN BELUM MENANG DENGAN TENANG DI TENANG

Kemenangan BN di DUN Tenang bukanlah kayu ukur muktamad yang menunjukkan masyarakat sudah sepenuhnya kembali kepada BN - saya sebenarnya semakin gelisah dan bimbang dengan trend pengundi kaum Cina yang jelas, sekali lagi tidak bersama BN. Pengundi Cina nampaknya masih tetap konsisten mengundi Parti Pembangkang - sekali gus bakal menjadikan DAP terlalu berkuasa di bandar-bandar utama di Malaysia. Hal ini perlu dipandang serius oleh BN. Saya menjangkakan, dalam PRU ke-13 nanti, keadaan akan lebih genting dan merbahaya - BN nampaknya terpaksa bergantung harap dengan pengundi Felda, orang Asli dan sebahagian besar pengundi India di estet-estet.



Soalnya - sejauh mana "talian" ini mampu mengukuhkan kembali kekuatan BN dan UMNO untuk terus kekal berkuasa? Mungkin ramai yang gembira dengan kemenangan BN di DUN Tenang - begitu juga dengan saya. Namun demikian, DUN Tenang bukanlah jawapan kepada kesimpulan "seluruh rakyat sudah bersama semula dengan BN" - ia sangat jauh daripada hepotisis itu. Kita sebenarnya berada dalam kebimbangan - bermula dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, sehinggalah ke DUN Tenang - orang Cina masih tidak mahu kembali kepada BN! Ini realiti. BN tiada pilihan, melainkan terpaksa menyerang PAS dan mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO, jika tidak, BN bisa sahaja gagal memperoleh 3/4 majoriti parlimen. Pada saya, DUN Tenang, kita menang - namun hati tetap bergelora! Wallahualam.

29 January 2011

POPULASI ISLAM TERUS MENINGKAT 8.3BILLION 2030

Populasi Muslim dijangka capai 8.3 bilion menjelang 2030


WASHINGTON: Penduduk Islam dunia akan bertambah dua kali lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang apabila umat Islam dijangka menjadikan lebih satu perempat daripada penduduk global.


Dengan menggunakan kadar kesuburan, kematian dan perpindahan, penyelidik Pew Forum Agama dan Kehidupan Awam, meramalkan bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus bagi umat Islam seluruh dunia sepanjang dua dekad akan datang, dan hanya 0.7 peratus perkembangan penduduk bukan Islam setiap tahun.


Kajian yang dipanggil, ‘Masa Depan Populasi Islam Global’ meramalkan, pada 2030 penduduk Islam akan meliputi kira-kira 26.4 peratus daripada penduduk dunia, yang dijangka secara total berjumlah 8.3 bilion.


Ia menandakan kenaikan tiga peratus daripada 23.4 peratus yang dipegang umat Islam ketika ini. Bilangan mereka di seluruh dunia pada masa ini dianggarkan 6.9 bilion, kata kajian berkenaan.


Lebih enam dalam 10 pengikut Islam akan tinggal di rantau Asia Pasifik pada 2030, dan Pakistan akan mengambil alih daripada Indonesia sebagai negara dengan umat Islam paling ramai di dunia.


Di Afrika, penduduk Islam di negara sub-Sahara, Nigeria akan menjadi lebih besar daripada Mesir dalam tempoh 20 tahun akan datang, ramal projek terbabit.


Di Eropah, penyelidik turut meramalkan penduduk Islam akan berkembang hampir satu pertiga dalam tempoh yang sama, daripada 44.1 juta atau enam peratus daripada penduduk di rantau itu pada 2010 kepada 58.2 juta atau lapan peratus daripada keseluruhan bilangan penduduk yang diramalkan pada 2030.


Sebilangan negara Kesatuan Eropah akan menyaksikan pertambahan dua digit peratusan penduduk Islam pada 2030.


Sementara itu, penduduk Islam di Belgium diramalkan meningkat daripada enam peratus kepada 10.2 peratus manakala Perancis dijangka mencecah 10.3 peratus pada 2030, meningkat sebanyak 4.7 peratus daripada 7.5 peratus, ketika ini.


Di Sweden, penyelidik meramalkan penduduk Islam akan meningkat hampir 10 peratus berbanding lima peratus pada hari ini.


Penduduk Islam di Britain diramalkan meningkat daripada 4.6 peratus kepada 8.2 peratus pada 2030 dan 9.3 peratus penduduk Austria dijangka orang Islam berbanding kurang daripada enam peratus pada masa ini.


Russia yang bukan ahli EU pula akan terus menyaksikan bilangan penduduk Islam terbesar di Eropah pada 2030 dengan 18.6 juta penduduk Islam atau 14.4 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara berkenaan.


Amerika Syarikat pula dijangka mempunyai bilangan penduduk Islam paling ramai berbanding negara Eropah lain seperti di Russia dan Perancis tetapi peratusan penduduk Islam di negara itu lebih kecil berbanding Eropah. – AFP


Sumber: Berita Harian 28/1/2011


Islam Berkembang Sudah Pasti


Meskipun pelbagai tohmahan, fitnah serta penghinaan dilabelkan kepada umat Islam, penduduk dunia nampaknya semakin hari semakin mendekati Islam. Meskipun pertambahan yang dilaporkan adalah bersandarkan kadar kelahiran dan kematian, tidak boleh dinafikan bahawa pertumbuhan Islam juga banyak disebabkan oleh dakwah yang dijalankan oleh umat Islam.


Sejak Islam bermula di Mekah dan berkembang sehingga berdirinya Daulah Madinah dan terus berkembang sehingga meliputi lebih sepertiga dunia, dakwah dan jihad fisabilillah terus berlaku.


Dengan dakwah dan jihad fisabilillah, Daulah membuka tanah-tanah baru dan merubah peta dunia, menjadikan tanah kaum Muslimin lebih luas dan Islam berkembang dengan begitu pesat dalam masa yang singkat. Ketika itu tidak ada seorang pun yang melabelkan umat Islam sebagai pengganas malah Islam disebut sebagai penyelamat.


Apa yang sedang berlaku sekarang adalah petanda, insyaAllah, bahawa kebangkitan Islam sudah mula termanifestasi. Penduduk dunia akan mula mengenali dan masuk Islam kerana mereka mengetahui Islam akan menyelamatkan mereka dunia & akhirat. Dan apabila autoriti Islam didirikan, insyaAllah, keadilan akan diterapkan dan segala hak akan dikembalikan kepada yang berhak. Tidak hairanlah pada 2030 nanti populasi umat Islam mungkin akan mencapai lebih dari 8.3 billlion sekiranya dakwah Islam terus digencar dan sekiranya Daulah tertegak sebelum itu, dengan dakwah dan jihad, tidak mustahil penduduk dunia beragama Islam akan mencapai angka yang jauh lebih tinggi! Bangkitlah dan segerakanlah kewajiban dakwah ini!


“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong” [Surah An-Nasr 110:1-2]

SALAM CIKGU NORMALA,CHUA SOI LEK ...

ladari MALAYSIAKINI


Mereka ini adalah pengkhianat negara kerana apabila berlaku salah faham agama, rusuhan kaum atau pergaduhan atau pembuhan sesama rakyat jelata; mereka tetap selamat.
Mungkin lari keluar negara, dan rakyat yang tidak tahu apa-apa yang akan menjadi mangsa. Kelak pihak polis dan tentera menjadi mangsa untuk mengawal negara yang darurat! Sebab itu saya menggelarkan mereka ini pengkhianat kepada negara dan rakyat marhain.
Saya seorang Islam, saya bukan sahaja faham akan amalan agama Cikgu Normala itu tetapi amat faham dan boleh jelaskan dengan terperinci. Iaitu :

• seorang perempuan Islam pada dasarnya tidak boleh bersentuhan dengan mana-mana lelaki yang dia boleh berkahwin(bernikah). Lelaki ini digelar 'mahram' dalam istilah Islam. Lelaki sebegini tidak kira apa bangsa, agama dan keturunan pun bahkan kalau orang Melayu Islam sendiri pun tidak boleh bersalaman dengan Cikgu Normala.

• lelaki yang boleh seseorang wanita Islam bersalaman/bersentuh kulit dengannya , digelar lelaki ini 'muhrim' dalam istilah Islam. Muhrim ini diharamkan (tidak boleh) berkahwin dengan wanita Islam tersebut. Contoh muhrim ialah; bapa kepada wanita Islam itu, abang wanita itu, adik lelakinya, bapa mertua wanita itu, anak-anaknya (tidak kira lelaki atau wanita), dll..(banyak lagi).

• Namun dalam Islam, ada kes tertentu khas yang dibolehkan wanita itu menyentuh lelaki lain atas kepentingan umat manusia contohnya dalam perubatan, dalam kecemasan, darurat dan yang seumpamannya.

• Wanita Islam boleh bersalaman tanpa memakai sarung tangan dengan semua wanita tidak kira apa bangsa dan agama pun. Cuma Cikgu Normala apabila turun berkempen dan takut kalau-kalau ada lelaki yang ingin bersalaman; maka beliau terus saja siap sedia memakai sarung tangan untuk majlis dengan rakyat.

Isu yang berlaku ini kerana:


• Presiden MCA itu tidak faham nilai sebenar amalan ajaran Islam. Juga sepatutnya menteri kabinet Islam telah pun menerangkan kepada beliau. Apa peranan Datuk Jamil Khir dan Datuk Mashitah?


• Di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, isu ini tidak berlaku. Sebabnya PERKIM telah memainkan peranannya dengan baik agar semua orang-orang bukan Islam memahami budaya amalan Islam.


• Atau adakah Presiden MCA itu sengaja pura-pura tidak tahu dan ingin menjadi juara politik? Saya tidak ada masalah memohon maaf kalau beliau memang tidak tahu. Saya bersikap terbuka untuk bercakap dengan beliau.

Apakah Presiden MCA ini sengaja besarkan isu ini? Kenapa Ratu Elizabeth memakai sarung tangan ketika bersalaman dengan orang lain, serata dunia, dengan semua pemimpin negara (bukan rakyat biasa pun), Datuk Seri Chua Soi Lek tidak bising?









KEMPEN 3R DI MANA KINI ?

DARI MALAYSIAKINI

Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ada tertonton sebuah iklan daripada kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan iaitu iklan kempen Hari Tanpa Beg Plastik.


Menerusi kempen ini, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik secara percuma setiap kali berbelanja di pasaraya pada setiap hari Sabtu, - mereka digalakkan untuk membawa beg atau bakul sendiri dari rumah bagi menampung barangan yang dibeli.


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian perdagangan kerana berani mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat yang telahpun menjalankan dan melaksanakan kempen yang sama di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun lalu dengan jayanya, walaupun Pakatan Rakyat telah mendapat kritikan daripada kerajaan persekutuan pada awalnya.


Kalau hendak dibandingkan dengan beberapa buah negara maju, negara kita adalah sangat terkebelakang di dalam implementasi penjagaan alam sekitar menerusi undang-undang.


Milenium sudah masuk tahun ke-11, tetapi kita masih bercakap tentang kitar semula barangan yang diperbuat daripada plastik, kertas dan aluminum sedangkan di beberapa negara lain seperti Jepun misalnya, undang-undang telah menyebut secara spesifik bahawa pengguna diwajibkan mengitar semula barangan seperti komputer lama, barangan eletronik, bateri, telefon lama dan sebagainya.


Wajib ambil semula


Yang menarik, undang-undang ini bukan sahaja dikenakan ke atas pengguna, tetapi juga ke atas pengeluar barangan tersebut yang diwajibkan mengambil semula produk daripada pengguna tanpa mengenakan apa-apa kos. Sekiranya kos dikenakan, pengeluar hendaklah mengumumkannya supaya menggalakkan orang ramai mengitar semula barang-barang tersebut.


Di negara kita, cadangan untuk melaksanakannya sudah kedengaran, tetapi sehingga kini, ia hanya kekal sebagai cadangan sahaja. Kalau adapun perlaksanaannya, maka saya anggap ia gagal kerana berita mengenainya adalah hampir tiada.


Hanya di beberapa tempat, kita dapat menemui syarikat-syarikat swasta yang menjalankan program pelupusan barangan eletronik terutamanya komputer, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana kekurangan kempen.


Persoalannya, adakah kita perlu menunggu sehingga undang-undang dikenakan ke atas kita, barulah kita akan menjaga alam sekitar? Bagaimana pula dengan undang-undang atau kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan kita beberapa tahun lalu, tetapi terbengkalai atau tidak dilaksanakan sepenuhnya ibarat hangat-hangat tahi ayam?


Ketika saya tinggal di Bangsar bersama-sama beberapa orang rakan, kami telah mengagih-agihkan tugas menjaga kebersihan rumah sesama sendiri.


Saya ditugaskan untuk membersihkan halaman belakang rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Manakala, rakan serumah saya, Joy, yang tugasnya membuang sampah telah meletakkan tiga buah kotak di sudut dapur rumah kami. Beliau meminta kami semua membuang botol dan pembalut plastik serta kertas di dalam sebuah kotak, sisa makanan di dalam sebuah kotak lain dan lain-lain sampah di dalam yang satu lagi.


Setiap hujung minggu, Joy akan mengasing-asingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula tersebut dan menghantarnya ke tempat kitaran semula.


Melecehkan


Apabila saya berpindah ke tempat lain, saya masih cuba mengamalkan pembuangan sampah seperti yang diajar oleh Joy, tapi hanya seketika sahaja. Ini adalah kerana, saya tidak jumpa tempat mengitar semula yang berhampiran dengan tempat kediaman saya.


Membuang sampah menjadi sesuatu yang melecehkan. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh saya, tetapi juga oleh beberapa orang rakan yang berniat untuk mengamalkan yang sama.


Apabila kami menghubungi ahli majlis perbandaran masing-masing, jawapan yang diterima adalah sangat menghampakan. Akhirnya kami terpaksa bergantung dengan 'brader' naik lori yang menjalankan perniagaan mengutip dan membeli barangan kitar semula. Itupun hanya sekali sekala sahaja beliau muncul.


Ini membuat saya tertanya-tanya, bukankah beberapa tahun dahulu, kerajaan telah menyediakan pusat kitar semula yang cukup banyak di beberapa bandar utama?


Kempen 3R (Reduce, Reuse and Recycle), mana perginya semua itu?


Adakah hanya terdapat di dalam sekolah sahaja? Bagaimana pula dengan orang dewasa? Jangankan pusat, tong besar tiga warna itupun saya jarang nampak, kecuali di beberapa pusat-pusat membeli belah.


Perlukah saya mengangkut sampah sarap saya sehingga ke pusat membeli belah dan membuangnya secara berasingan di tong-tong yang disediakan di setiap tingkat?


Tidak kira samada anda adalah penguatkuasa atau penyokong kerajaan persekutuan atau negeri, kebersihan alam sekitar harus diutamakan. Pada pendapat saya, kempen sehari tanpa beg plastik itu adalah sesuatu yang baik, tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi.


Tidak perlu gubal undang-undang baru, hanya perketatkan dan laksanakan kempen yang telah dibuat, perbanyakkan pusat dan bekas kitar semula dan jadikannya sesuatu yang mudah ditemui.


Atau perlukah saya menunggu sehingga pilihanraya baru, dan mungkin ada calon-calon yang akan memasukkan kempen alam sekitar di dalam manifesto mereka?

Kepimpinan Intelektual Mahasiswa : DISEBALIK JERIJI AUKU

Oleh MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

Kepimpinan dan komuniti mahasiswa merupakan satu ikatan yang tidak dapat dirungkai. Dalam sejarah mahasiswa sendiri, kemunculan pemimpin mahasiswa tertentu begitu kuat mencorak perjuangan para mahasiswa di kampus. Menurut Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa, pemimpin adalah individu yang berprinsip, berinisiatif dan berfikiran tentang keperluan hidup berorganisasi sama ada dalam keadaan mencabar atau tidak mencabar. Sebenarnya, kekuatan gerakan mahasiswa bergantung kepada kekuatan pimpinan yang berkarisma dalam mengembleng tenaga-idea mahasiswa untuk memperjuangkan sesuatu isu. Perjuangan seseorang pemimpin dilatari dengan pengalaman dan pendidikan yang diperolehi oleh pemimpin tersebut. Universiti sendiri adalah gudang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pada masa depan. Di universiti, bakat dan potensi diri diasuh agar diri mahasiswa tersebut lebih berprestatif dalam kepimpinan organisasi.

Kepimpinan mahasiswa dikatakan lesu sejak kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 1971. Sebenarnya, kita tidak boleh menafikan AUKU telah memberikan impak negatif ke atas gerakan mahasiswa termasuk ke atas proses kepimpinan mahasiswa. AUKU telah menumpulkan sifat keberanian pimpinan mahasiswa dan menelurkan kesan psikologi yang negatif seperti pengantungan kepada pihak atasan dan bermentaliti subsidi. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin mahasiswa yang aktif selalu dilabelkan sebagai anti establishment. Oleh sebab itu, kebanyakan mahasiswa lebih selesa menjadi ulat buku atau menceburi aktiviti berfoya-foya di luar kampus.


Kepimpinan mahasiswa sewajarnya tidak melihat AUKU sebagai alasan kelesuan gerakan mahasiswa pada masa kini. AUKU sendiri memberi ruang untuk mahasiswa aktif dalam aktiviti berpersatuan dan bermasyarakat. Mahasiswa perlu rasional bahawa suasana pada hari berbeda dengan suasana pada tahun 1970an dimana pada masa itu isu kemiskinan, kedaulatan Bahasa Melayu dan isu antarabangsa berada pada suhu yang hangat. Kini, interprestasi gerakan mahasiswa memerlukan satu anjakan paradigma. Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa memberi contoh yang amat menarik dimana para pemimpin mahasiswa Universiti Oxford melakukan satu demonstrasi bersifat intelektual dan rekreasi dengan mengadakan debat dan perlumbaan perahu secara tradisi dengan pemimpin mahasiswa Universiti Cambridge. Disinilah para pemimpin mahasiswa diuji dengan kemahiran berhujah, ketahanan mental, fizikal dan ketinggian ilmu pengetahuan.


Dalam konteks Malaysia, penganjuran seminar atau program lawatan sambil belajar boleh dikatakan menguji potensi diri pimpinan mahasiswa. Para pimpinan mahasiswa perlu mengetahui kos kewangan, pemilihan tempat, publisiti dan sebagainya. Tanpa persediaan yang cukup dari segi mental, emosi dan fizikal, perjalanan program mungkin akan gagal. Dalam program seumpama ini, pembahagian tugas, kemahiran berkomunikasi dan kerjasama berkumpulan merupakan nadi kejayaan program. Untuk menguruskannya, para pemimpin mahasiswa perlu mempunyai ilmu-ilmu bantu yang bukan subjek pelajarannya di universiti dan pemimpin mahasiswa perlu merancang dengan teliti untuk menambahkan keberkesanan program.


Dalam konteks masyarakat kampus pada hari, isu politik menjadi dominan padahal isu politik ada pasang surutnya bergantung pada sesuatu isu. Kita harus sedar, budaya intelektual lebih kekal dan serasi dengan suasana di kampus yang dianggap lembah keilmuan bahkan budaya intelektual boleh mempengaruhi suasana politik kampus dan nasional. Para pimpinan mahasiswa seharusnya mengambil peluang membangun dan memupuk sebuah aliran pemikiran atau School of Thought yang tersendiri. Menurut Mohamad Abu Bakar, para pemimpin mahasiswa boleh menjalankan aktiviti keilmuan yang membabitkan sebahagian mahasiswa dalam rancangan berfikir, berdiskusi, berdialog dan berseminar secara berkumpulan, kemudian mereka membentang dan menyebarkan fahaman mereka.


Aliran pemikiran mahasiswa ini membolehkan mahasiswa berinteraksi dalam kerangka tersendiri walaupun membahaskan isu-isu luar kampus. Kekuatan aliran pemikiran yang tersendiri begitu terserlah semasa kewujudan Kelab Sosialis Universiti Malaya [KSUM]. KSUM mempunyai ideologi yang tersendiri begitu aktif memdiskusikan persoalan masyarakat, kampus, nasional dan internasional dalam ruang pemikiran sosialisme. Keberkesanan aliran pemikiran KSUM cukup mengkagumkan apabila kader-kadernya berjaya menguasai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan penerapan idea sosialisme bahkan KSUM merupakan pembekal utama pimpinan untuk Parti Rakyat Sosialis Malaya (PRSM) dengan kehadiran Syed Hamid Ali dan Dr. Sanusi Osman.


Sebenarnya, secara sedar atau tidak golongan mahasiswa Islamis juga mempunyai kumpulan pemikir tertentu semasa awal tahun 1980an. Kumpulan Islamis tersebut dikenali Kumpulan Republik Islam [RI] yang berpengaruh di Universiti Malaya. Pada peringkat awal, kumpulan ini dikenali kumpulan Enam Kerinchi yang terdiri daripada Mohamad Hussein, Mohd Taib Ahmad, Syed Putra Syed Ahmad, Mohd Fuad Zakarshi, Takiyuddin Hasan dan Azmi Ali telah mengagaskan idea kepimpinan ulama. Kumpulan RI berjaya menumpaskan proksi ABIM-PKPIM untuk memenangi kerusi kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [PMIUM] pada tahun 1983. Kumpulan RI atau Kumpulan Universiti Malaya merupakan pembekal pemimpin-pemikir kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan menguasai kepimpinan PAS dengan kehadiran Husam Musa, Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan dan Mohd Taib Ahmad.


Kekuatan pemikiran kumpulan Republik Islam begitu mantap dilakarkan dalam artikel Aliran Modenisme Dalam Islam oleh Azmi Ali, mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Kumpulan Republik Islam mengagaskan aliran pemikiran Islam yang syumul dan murni yang mengkritik keras pemikiran modernisme yang begitu berbahaya dan mengancam akidah Islam. Azmi Ali mengarahkan aliran pemikiran Islam Kumpulan RI iaitu ‘kembali kepada prinsip-prinsip asali Islam’ yang murni.


Kini, trend pemikiran Islam menjadi dominan di kampus-kampus nasional selaras proses kebangkitan semula Islam pada awal tahun 1970an. Jika dulu, trend pemikiran di kampus dihayati oleh organisasi luar tetapi sekarang idealis organisasi luar menjadi ikutan para pemimpin mahasiswa. Oleh sebab itu, masyarakat, media massa dan kerajaan seringkali melabel pemimpin mahasiswa sebagai agen parti oposisi. Dari trend pemikiran berubah kepada ikutan penghayatan ideal politik parti oposisi menyebabkan para pemimpin mahasiswa diikat dan dibelenggu dengan isu-isu perjuangan parti oposisi. Kondisi ini menyebabkan gerakan mahasiswa sukar menjalankan aktiviti-aktiviti keilmuan di kampus.


Para pemimpin mahasiswa kini seharusnya menghayati gagasan kepimpinan intelektual dan mempraktikkan dalam kehidupan amali di kampus dan luar kampus. Gagasan kepimpinan intelektual adalah gagasan berterusan dalam kehidupan kampus bukannya protes politik. Walau bagaimanapun, tuntutan-tuntutan sosial dan politik yang lain perlu juga diambil perhatian dan diterjemahkan gagasan kepimpinan intelektual dalam persoalan tersebut. Contoh, dalam isu kemiskinan, para pemimpin mahasiswa bergayakan gagasan kepimpinan intelektual menyediakan penyelesaian melalui kertas cadangan, debat, khidmat masyarakat dan memorandum kepada pihak berkenaan. Penyelesaian perlu dicari dengan suasana kondusif dimana kaedah demonstrasi jalanan dilihat kurang berkesan kerana mahasiswa dan masyarakat Malaysia sekarang berada dalam keadaan selesa sehingga sukar untuk kebanyakan mahasiswa dan rakyat turun ke jalanan untuk memprotes pihak berkenaan.


Kepimpinan intelektual mahasiswa perlu mengarap fahaman dan ideologi, mengolahnya dan kemudiannya berusaha melaksanakan objektif yang terkandung dalam ideologi tersebut. Peringkat pencambahan minda ini boleh dimulakan dengan pendiskusian buku Risalah Untuk Kaum Muslimin, karangan Syed Naquib al Attas yang cukup bernas membicarakan persoalan aliran pemikiran moden pada hari ini. Sebagai cadangan, buku ini perlu dijadikan bahan bacaan wajib bagi pemimpin mahasiswa. Asahan minda cukup bermaya jika disuntik dengan perdebatan ilmiah yang mencetuskan idea baru atau menyelesaikan polemik yang sedia ada.


Gagasan kepimpinan intelektual mahasiswa yang dihangatkan oleh Mohamad Abu Bakar ini perlu diambil cakna oleh para pemimpin mahasiswa pada hari ini. Mandat besar yang diperolehi oleh parti pemerintah membuktikan rakyat Malaysia belum berkeyakinan melakukan perubahan dan masih berkeinginan berada dalam zon selesa. Oleh sebab itu, kaedah demonstrasi bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu-isu kampus, nasional atau internasional. Para pemimpin mahasiswa perlu menterjemahkan suara intelektual dalam seminar, forum atau penulisan dalam akhbar dan majalah. Penulisan dalam media massa sendiri merupakan kaedah alternatif yang paling murah dan berkesan untuk mengerakkan pemikiran mahasiswa dan masyarakat massa. Keberkesanan ini terbukti apabila kaum muda yang dipelopori oleh Syed Sheikh al Hadi berjaya menyebar-luaskan idea Islah kaum muda melalui akhbar al Iman.


Sebagai konklusi, penulis memetik pendapat Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Falsafah Perjuangan Mahasiswa menyatakan pergerakan mahasiswa seumpama air dari gunung yang mengalir, kadangkala mengalir deras kadangkala perlahan. Air yang mengalir diserap masuk ke dalam tanah dan pada satu masa nanti ia akan keluar dari tanah. Perumpamaan ini mengambarkan perjuangan gerakan mahasiswa terutamanya dalam isu politik ada pasang-surutnya. Suasana dan isu semasa banyak mempengaruhi hala tuju gerakan mahasiswa tetapi pembudayaan intelektual merupakan hala tuju hakiki dan berterusan bagi gerakan mahasiswa di kampus selaras dengan peranan universiti sebagai taman keilmuan.





SITI NURHALIZA DICADANG JADI DUTA KEBUDAYAAN MELAYU NUSANTARA

BANDUNG 28 Jan. – Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang kalanya “panas”, artis popular dari Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Kebudayaan Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.
"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi,” kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.
Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk
“menyejukkan suasana” ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.
"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu bersusah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan keadaan, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.
"Cukup itu saja, ini akan menggugat hati orang yang hanya melihat sesuatu perkara itu dari sisi negatif,” katanya. - Bernama





ANDA NILAILAH SENDIRI DI MANA "DIA" BERADA KINI ...

DARI RAKAN BLOGGER ....

SEJAK penubuhannya, Pas bangga berkokok laksana ayam sabung mencanang kononnya merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.Malahan, sejak sebelum merdeka, Pas pernah membuat kutukan terhadap UMNO kerana tindakan parti nombor satu masyarakat Melayu ini bergabung dengan MCA dan MICmembentuk parti Perikatan.


Dakwa Pas, UMNO memperjudikan nasib orang-orang Melayu dan ‘menjual’ bangsanya sendiri melalui penggabungan tersebut untuk mencapai kemerdekaan. Kononnya, tindakan UMNO untuk bergabung dengan MIC dan MCA hanyalah bersifat propaganda politik semata-mata.


Pas mengutuk penggabungan terbabit dan menyeru rakyat Tanah Melayu khususnya yang beragama Islam agar tidak ‘bersubahat’ dengan UMNO. Antara kecaman yang pernah dilontarkan oleh Pas termasuklah pertuduhan yang terlalu berat untuk diterima oleh ahli-ahli UMNO apabila mereka dikatakan sebagai kafir kerana penggabungan terbabit.


Hal tersebut berlanjutan hingga ke PRU-12 dan kemudiannya, Pas bukan hanya bersekutu dengan orang-orang bukan Islam apabila melihat kejayaan pelaksanaan yang dilakukan oleh UMNO-MCA–MIC dan parti-parti kompenan lain dalam BN sebaliknya lebih teruk lagi mereka menggadaikan perjuangan Islam dan sanggup bersekongkol menyekutukan perintah Allah.


Baru-baru ini sekali lagi Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat membuat tuduhan sedemikian dengan menyatakan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Tuduhan tersebut turut digunapakai oleh sebilangan pemimpin angkuh dalam Pas termasuklah bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang mengatakan bahawa undi UMNO adalah haram dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Semua ini sedikit sebanyak hasil daripada ‘fatwa’ Mursyidul Am mereka yang mengatakan dibolehkan berkawan dengan syaitan untuk melawan musuh, maka tidak menjadi kesalahan berpakat dengan Dap.
Sedangkan Allah selalu mengingatkan dalam kitab suci Al-Quran bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi umatnya dan penuh dengan tipu muslihatnya.
Pas pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi Pas, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Malangnya, hari ini, Pas bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan Dap yang menolak Islam secara terang-terangan, Pas turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi, penjualan arak, rumah urut (pelacuran) yang dipelopori oleh para pemimpin Dap.
Malangnya, hari ini, Pas bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan Dap yang menolak Islam secara terang-terangan, Pas turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi, penjualan arak, rumah urut (pelacuran) yang dipelopori oleh para pemimpin Dap
Lebih teruk lagi, Pas bukan hanya setakat beralah sebaliknya menyatakan sokongan secara terbuka dengan pelbagai nas dan fatwa bagi meyakinkan rakyat bahawa sokongan ke atas usaha menternak babi secara besar-besaran di Selangor bukanlah suatu perkara yang salah sebaliknya jatuh hukum harus untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.
Jika dahulu Pas melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini Pas berubah wajah.
Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan Dap sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat Dap yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya.
Entah di mana silapnya sehingga taring Pas semakin tumpul diasah Dap. Mereka dilihat semakin tidak terdaya untuk bertegas mempertahankan idea asal penubuhan mereka apabila disergah bertalu-talu oleh Dap.
Nada perjuangan pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur apabila tersepit di antara dua pilihan; mempertahankan Islam dan gagal meraih undi atau melupakan Islam dan beroleh sokongan pengundi bukan Melayu.
Pas hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati Dap
Pas telah pun membuktikan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menderhaka kepada DYMM Raja Perak asalkan kuasa di negeri terbabit kekal selain bertindak diam diri tanpa sebarang bantahan dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor yang sengaja diperbesar-besarkan.
Tindakan Pas semakin keterlaluan sehinggakan ayat al-Quran dipermainkan. Jika sebelum ini Ngar Kor Ming yang membaca ayat yang didakwanya ayat al-Quran tetapi salah dari segi lafaz dan surah di pentas politik ketika kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang juga mendapat pujian daripada kepimpinan Pas, ia berulang lagi dalam pilihan raya DUN Tenang
Naib Presiden PKR Tian Chua telah memulakan ucapannya dengan memberi salam ‘Assalamualaikum’ dalam ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas, Labis tanpa ada sebarang sekatan atau halangan dari pemimpin Pas biarpun mereka ada dalam majlis tersebut selain pemimpin Dap, Lim Guan Eng pula bijak berhujah hal-hal dosa dan pahala
Begitu juga dengan keliberalan mereka mengenai kalimah Allah yang sanggup bersekutu dengan mengetepikan pendirian demi kelangsungan hubungan bersama puak-puak cauvinis semata-mata.
Bukankah itu menunjukkan mereka terlalu menjaga hati Dap sedangkan hati umat Islam yang lain terguris?
Mungkin Pas masih terbuai-buai dengan keindahan mimpi mencatat keputusan di luar jangkaan dalam PRU yang lalu sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih daripada produk tunggangan PKR dan Dap.
PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mensosialiskan’ Pas? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia

28 January 2011

MELAYU SINGAPURA

DARI BLOG NEGARAWAN
AYAHANDA TUN DR MAHATHIR....

Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.


2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.


3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.


4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".


5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.


6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.


7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.


8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.


9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.


10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.


11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.


12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.


13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat.

NO 1 , AUTONOMI , PEMIKIRAN ,SEGULUNG IJAZAH DAN UNIVERSITI

Kita sering berlagak dengan angka 1.


“Aku dapat nombor 1 dalam kelas.”


“Ranking SPM sekolah aku nombor 1 di Malaysia.”


“Kita merupakan Negara Asia Tenggara Pertama yang menganjurkan Sukan Formula 1.”


“Universiti aku terbaik di Malaysia.”


Banyak lagi.


Tetapi, adakah minda kita nombor 1? Aku tujukan kepada “kita”. Kita =


Remaja = Pelajar = Mahasiswa. Termasuk diri aku sendiri.


Tidak guna kita membandingkan Malaysia dengan negara yang


terkebelakang. Memang kita jauh lebih baik. Akan tetapi, dengan


kelebihan yang kita ada berbanding dengan negara tersebut, mampukah


kita bersaing dengan negara dunia pertama yang lain? Atas dasar itu,


aku cuba untuk mengetengahkan perbandingan dengan negara yang maju,


bukannya negara mundur.


Begitu juga dengan universiti kita. Dengan sistem pendidikan kita.


Memang, aku tak nafikan bahawa sistem pendidikan kita lebih baik


berbanding dengan negara dunia ketiga yang lain. Akan tetapi, sampai


bila kita nak menjadikan negara dunia ketiga sebagai penanda aras


kejayaan negara kita? Sampai bila? 2020? Setelah Malaysia diiktiraf


sebagai negara dunia pertama? Sudah pasti tidak.


Autonomi universiti bukanlah suatu yang mudah. Juga, autonomi


universiti bukanlah suatu yang mustahil. Menurut Kamus Dewan Bahasa


dan Pustaka, autonomi didefinisikan sebagai pemerintahan (pentadbiran,


pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb)


sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain).


Di Malaysia, terutamanya universiti awam, autonomi universiti tidak


dicapai. Universiti dikawal. Pelajar dikawal pemikirannya, pelajar


dikawal pertuturannya, pelajar dikawal pelajarannya. pelajar dikawal


pergerakannya. Apa yang boleh, hanyalah belajar, mengiyakan kata


pensyarah, menghafal, mendapat keputusan yang cemerlang dalam


pelajaran. Tiada kebebasan untuk berilmu (menuntut ilmu). Ilmu di


universiti lebih kepada ilmu acuan pihak-pihak tertentu. Bukannya ilmu


yang mutlak. Universiti menjadi sebuah medium doktrinasi pihak


tertentu. Sebab apa jadi begini? Kerana tiadanya autonomi universiti.


Lebih mendukacitakan, universiti juga telah dijadikan sebagai sebuah


institusi untuk berfoya-foya dan bersuka-ria sebagaimana yang telah


diperlihatkan dalam drama-drama televisyen. Universiti bukanlah lagi


sebuah institusi yang memberikan kebebasan untuk mencapai tahap ilmu,


tetapi menjadi sebuah institusi kebebasan perkara lain. Lihat sahaja


apabila kebanyakan program-program ilmiah yang cuba dijalankan


kadang-kala disekat, sudut pidato yang tujuannya untuk menajamkan


minda pelajar disekat, dilengahkan, suara pelajar di kelas akan


dicopkan sebagai salah kerana dikatakan pelajar tersebut masih mentah


dan tidak berilmu, akan tetapi, program-program hiburan banyak


dijalankan. Juga menjadi masalah apabila sesebuah pihak menjalankan


sesuatu majlis, semasa post-mortem, perkara utama yang diutarakan


adalah “adakah tetamu vip diberikan layanan yang secukupnya”. Bukannya


isi majlis yang diutamakan! Adakah ini merupakan salah satu kriteria


untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang terulung? Ini adalah


sesi ‘mengipas’!






Kemudian, pihak berwajib mulalah menunjukkan rasa-rasa bimbang di


dada-dada akhbar apabila kedudukan Universiti-universiti tempatan


jatuh dalam ranking universiti dunia. Puncanya apa? Fikirkan.






Apabila mahasiswa cuba untuk mengembalikan ketajaman minda, mereka


disekat. Disekat melalui pelbagai cara. Sehingga mereka dicaci murka


oleh rakan-rakan, ditindas, di’gam’kan mulutnya. Dikatakan bahawa


mereka ini pencetus masalah, perosak perpaduan, tidak berilmu, dan


sebagainya.






Ayat biasa yang aku sering dengar dari pelbagai pihak adalah :






“Pelajar universiti ni duduk diam-diam belajar sudah. Belum ada ijazah


dah bising. Ilmu pun belum ada dah melalak.”






Hal ini menjadi masalah apabila kepandaian seseorang diukur melalui


sehelai sijil. (Aku tak nak ulas panjang soal ini.)






Suara mahasiswa diremehkan. Suara mahasiswa direndahkan. Suara


mahasiswa diinjak.






Macam ini kita nak universiti tempatan bersaing dengan


universiti-universiti ternama dunia yang lain? Untuk menjadi


Universiti nombor 1 di dunia? Dengan sistem bayangan sebegini?






Adakah kita hanya perlu diam? Menjadi seorang ignorant

14 January 2011

DAULAH KILAFAH : MEMACU ISLAM SEJAHTERA

Idea penyatuan negara-negara atas dasar kepentingan ekonomi adalah merupakan idea tulen dari ideologi Kapitalisme, iaitu mewujudkan pasaran barangan dan perkhidmatan tanpa batas sempadan wathaniyyah (patriotisme). Dengan adanya gabungan ini akan membuang segala sekatan ekonomi di antara satu sama lain, iaitu ke arah untuk melahirkan sistem ekonomi laissez-faire (ekonomi bebas). Tambahan pula penyatuan ini akan menjadi satu kekuatan kepada ASEAN dari segi ekonomi. Ideologi Kapitalisme terlalu menitik beratkan aspek ekonomi, jadi tidak hairanlah jika ideologi ini mengajak manusia untuk 'bersatu' di bawah kuasa ekonomi. Berita penyatuan begini disambut dengan pandangan yang positif sekali oleh golongan-golongan pemerintah dan rakyat yang sudah lama terjerat dengan ideologi ini. Tambahan yang mengesyorkannya pula adalah Surin, Muslim yang menjadi setiausaha ASEAN.


Sayang sekali apabila penyatuan di bawah Daulah Khilafah yang diserukan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia di pandang 'igauan' oleh sesetengah pihak dan ada suara-suara sumbang yang memperlecehkan idea ini, sedangkan idea penyatuan umat Islam di bawah satu kepemimpinan tunggal (Daulah Khilafah) adalah fikrah dan kewajipan yang muncul dari Al-Quran dan Al-Hadis sendiri. Ianya bertolak dari pemikiran Islam dan ideologi Islam. Hizbut Tahrir menolak dari mengajak umat Islam bersatu secara partial (sebahagian) kemudian berpecah dalam aspek lain, bahkan Hizbut Tahrir mengajak umat Islam di seluruh dunia agar bersatu dalam aspek Pemerintahan, Politik, Ekonomi, Sosial (kemasyarakatan) dan segalanya, kerana umat Islam adalah umat yang satu. Hal ini merupakan tuntutan yang jelas dari wahyu, bukan rekaan atau perkara baru, dan inilah juga pandangan yang jelas dari para ulama, baik salaf mahupun khalaf.


Pastinya ada beberapa kebaikan (kemaslahatan yang terindera) yang dapat kita rasakan jika umat Islam seluruh dunia bersatu. Antaranya:-


Politik: Penyatuan ini akan menggabungkan komposisi umat Islam berjumlah 1.4 bilion di bawah satu payung pemerintahan yang akan menjadikannya satu super power dunia, iaitu mempunyai akumulasi dari modal insan dan sumber alam yang terbesar. Ia menjadi ibarat seberkas lidi, jika selama ini ianya adalah sebatang lidi sahaja.


Ekonomi: Sumber manusia dan alam yang banyak sekarang berada di tanah kaum Muslimin, misalnya petroleum, emas dan sebagainya. Di samping pasaran buruh dan pasaran barangan yang begitu besar di kalangan kaum Muslimin sendiri.


Strategi: Taburan demografi umat Islam adalah terlalu strategik, iaitu mereka menguasai hampir keseluruhan Selat Utama Dunia kecuali Selat Bering dan Terusan Panama. Ini menjadikan kedudukan mereka secara semula jadinya adalah kuat, jika berlaku penyatuan. Di mana jika ada mana-mana negara yang mengancam atau memerangi umat Islam mereka boleh menghalang kapal dagang negara tersebut dari melalui terusan-terusan utama dunia yang mereka kuasai ini.


Ketenteraan: Jika 1% sahaja dari umat Islam di seluruh dunia ini dikerahkan untuk menjadi tentera maka kita telah berjaya merekrut sebanyak 1.4 juta anggota tentera dan bilangan ini adalah amat besar sekali.


Inilah beberapa kebaikan yang dapat kita kecapi jika bersatu di bawah satu kepimpinan Daulah Khilafah, iaitu satu negara yang wajib ke atas umat Islam sedunia. Walaupun pihak rejim AS dan pemimpin sekular yang ada sekarang cuba menghalang berdirinya negara ini, namun negara ini tetap akan muncul kerana dua sebab:-


(1) Adanya gerakan Islam yang berterusan berusaha untuk mengembalikan semula Khilafah ini dan pendapat umum masyarakat di seluruh dunia telah mula terbentuk dan semakin bersetuju dengannya.


(2) Adanya Basariyyah (berita gembira) dari Rasulullah saw bahawa Daulah Khilafah akan berdiri untuk kali keduanya. Sabdanya,


"…Kemudian akan muncul khilafah ala minhaj Nubuwwah" [HR Ahmad]

13 January 2011

KAU DAN AKU : KITA SAMA TAPI TAK SERUPA ~ SAMPAI BILA ~

DARI BLOG TABLOID MIM :
Aku percaya dengan sejarah negara. Aku telah diajar untuk bersetuju yang bangsa Melayu adalah penghuni asal di bumi bertuah ini. Aku telah diberitahu yang British juga mengekalkan kuasa Sultan dan hak melayu walaupun dijajah. Aku juga diceritakan yang bangsa Cina dan India datang ke Malaysia sebagai imigran melalui sistem Kangcu dan Kangani.

Aku telah diajar dalam buku teks sejarah yang Melayu bangkit menentang selepas Malayan Union. Mereka bersatu untuk menolak Union dan mahu Persekutuan ditubuhkan. Aku juga yakin kerana merdeka, Melayu harus bersatu dengan Cina dan India. Itulah syarat yang perlu dipenuhi. Akhirnya, kita berjaya sehingga ke hari ini.


Tetapi, sebenarnya asas kita masih celaru. Asas perpaduan masih dipertikaikan. Kita tidak seperti Indonesia atau Thailand. Mereka menolak kerakyatan yang masih mengekalkan identiti kaum. Di Indonesia, warganegara digelar Indonesia walau apa pun kaum mereka terdahulu. Budaya bangsa lain diasimilasikan menjadi satu.

Kita bukan begitu. Kita bersatu tetapi kita berbeza. Kita masih kekal dengan identiti kaum. Kita seperti rojak yang bercampur pelbagai perisa. Sedap. Tetapi kalau tersilap campuran.Bahaya. Kurang enak jadinya.

Kita harus ada pegangan. Asas yang perlu dipersetujui semua orang. Perlembagaan dan kontrak sosial. Aku setuju bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Aku setuju bahasa Melayu harus digunakan dalam urusan harian negara. Aku setuju yang agama Islam menjadi teras setiap polisi. Aku juga setuju Sultan diangkat menjadi simbol negara. Semuanya harus dipersetujui yang dipegang menjadi asas.


Namun, dek kerana politik, soal asas kenegaraan dipertikaikan. Isu perkauman dimainkan seolah-olah orang Cina masih di Tanah Besar China dan orang India masih di negara India. Bahasa Melayu tidak diangkat sewajarnya. Agama Islam tidak diperhalusi sejujurnya. Kontrak sosial juga tidak dipegang dengan baik oleh masyarakat.

Aku kecewa kerana kita masih mementingkan bangsa daripada negara. Gagasan 1 Malaysia juga dianggap gimik politik dan disekat. 1 Malaysia sebenarnya mahu rakyat kembali kepada asas negara. Menolak idea radikal perkauman dan menghormati perbezaan. Rakyat bukan Melayu harus bersama menerima asas ini dan ia harus disokong oleh parti politik pembangkang.

Aku kecewa kerana parti pembangkang menolak asas negara yang telah termaktub lebih 53 tahun. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Pihak pemerintah juga perlu menilai polisi yang lebih adil dan berani untuk menyatukan bangsa Malaysia. Jangan sekadar menanam tebu dipinggir bibir.

Kita dapat melihat realiti bagaiman ramai rakyat bukan Melayu yang kurang fasih berbahasa Melayu, termasuk menteri kabinet. Paling tidak logik, pekerja kedai mamak lebih fasih berbahasa Melayu berbanding rakyat sendiri. Aku kerapkali sedih melihat event di mana bukan Melayu lebih banyak mahu berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Papan tanda juga mahu diubah menjadi bahasa Cina kononnya ramai pelancong Cina datang ke Malaysia. Alangkah bodohnya idea ini. Kenapa kita tidak jadi seperti Thailand. Signboardnya masih kekal dalam bahasa Thai.

Jangan pernah dilupakan, sekolah vernakular ditubuhkan sehingga sekolah wawasan ditolak. Alangkah sedihnya apabila ramai NGO bangkit menentang sekolah wawasan dan penyatuan kaum dalam sistem pendidikan. Kenapa kita tidak boleh mengadakan national school seperti Singapura? Mengapa harus kita simpan sekolah vernakular? Untuk apa? Dan untuk siapa?

Tidak cukup di sekolah rendah, di sekolah menengah juga ada sekolah berasrama yang mengutamakan bangsa Melayu lantas kurangnya pergaulan pelajar Melayu dengan bangsa lain. Tidak cukup di sekolah menengah, di peringat universiti, ada juga universiti yang hanya boleh dimasuki oleh orang Melayu sahaja. Bukankah hal ini akan merenggangkan perpaduan masyarakat?

Akhir sekali, aku berpesan supaya kita kembali kepasa asas negara. Kita harus bersifat nasionalis. Kita tolak idea radikal politik perkauman. Kita harus ikat asas kenegaraan. Ayuh bangsaku, mari bersatu dan bersetuju untuk menyatukan polisi pendidikan. Sekiranya kita ingkar pada seruan ini, bangsa Malaysia hanya tinggal angan-angan yang bakal merubah menjadi tragedi ngeri.


Sekali lagi ABT mengungkap persoalan bila kita mahu berubah dan mampu atau tidak kita berubah!?

10 January 2011

Interlok : Yang Baik Kenapa Didiamkan!? Alahai Tangan Ghaib! Sudah-sudahlah...

Lazimnya, jarang sekali karya sastera, khususnya novel Melayu mendapat perhatian sebegitu meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti yang diperoleh Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.


Tetapi malangnya semua perhatian berkenaan atas sebab yang tidak sepatutnya.


Banyak pihak tampil membidas Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk tingkatan lima. Ia dikatakan sebagai karya berbentuk 'rasis' serta menyemai bibit-bibit unsur penghinaan.


Buku setebal 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.


Ia dibahagikan kepada empat buku, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bahagian kedua tentang Cing Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum semua itu dirangkum dalam bab terakhir.


Ia juga merangkumi sekurang-kurang tiga generasi yang mengambil latar sekitar 1910 dan berakhir pada latar masa 1957 ketika negara menyambut kemerdekaan.


Walaupun semua keempat-empat bahagian buku itu mempunyai kandungan yang kontroversial, namun bab yang mendapat publisiti meluas sekarang adalah yang berkisar mengenai keluarga Maniam.


India melenting!


Tidak seperti kaum lain di negara ini, yang melenting adalah hanya kaum India!


Bermula dengan bidasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ia diperpanjangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu.


Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dalam kenyataan medianya mendakwa Interlok memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.


Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30 tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkan kampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkam kemiskinan.


Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)


Sekumpulan masyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullah yang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistem kasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.


Maniam digambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begitu serasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengan kampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemari penduduk tempatan menepati citarasanya.


Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada. (halaman 216)


Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)


Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.


Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya. (halaman 219)


Tidak puas hati


Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.


Cerita itu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapun tidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawa khabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain.


Esakan Maniam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orang yang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania, Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucuk kayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumah itu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itu diambilnya. (halaman 221)


Malah, Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepada rakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillay bukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isteri sahabatnya itu.


Akibat tertekan dengan berita itu dan menanggung malu yang besar, Maniam mengambil keputusan meninggalkan Pulau Pinang dan merayau dari satu kebun ke satu kebun sehingga dia tercampak di kebun orang putih di Cangkat Lima.


Dia berjaya mendapat pekerjaan dari tandil kebun kelapa itu - juga seorang India dari Madras, Perumal dan akhirnya berkahwin dengan anak perempuannya Malini dan hidup dengan bahagia, tanpa memberitahu latar perkahwinannya dengan Ambika.


Akibatnya, kebahagian itu tidak berkekalan - Suppiah kemudiannya datang ke kebun itu dan membawa cerita bahawa Maniam pernah berkahwin dan meninggalkan isterinya.


Akibatnya beliau diusir dari ladang itu dan semasa meninggalkan estet berkenaan, Maniam diserang dan cuba dibunuh oleh orang yang tidak dikenali. Mujur kehadiran seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkannya.


Sekilas pandang, tidak dapat dinafikan mungkin ada petikan yang menguris hati dan dikatakan berbaur perkauman, namun kita tidak boleh melihat ayat terpencil atau isu yang diambil di luar konteks novel. Tindakan seumpama itu, hanya menidakkan niat suci dan murni pengarang untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui karyanya itu.


Perlu dibaca menyeluruh


Interlok perlu dibaca secara menyeluruh. Untuk menuduh Abdullah sebagai penulis rasis dan menghina masyarkat India serta membakar karya sasterwan negara itu, sesuatu tindakan melampau.


Pandangan tajam Abdullah Hussain membidas keadaan ketika itu, juga tidak terkecuali ke atas masyarakat Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh dan malas.


Setelah guru besar itu berlalu, Pak Musa ketwa terkekeh-kekeh, diikuti oleh Mak Limah. Dia amat gembira kerana menipu guru besar itu.


“Buat apa sekolah? Tengok tu, tahu membaca dan menulis pun aku yang tak bersekolah ini dapat tipu bulat-bulat.”


Masyarakat Cina pula digambarkan bermata duitan dan sentiasa tidak ikhlas serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.


Ini jelas dipaparkan dalam Buku Dua - Keluarga Cing Huat. Menghiasi halaman utamanya, dimasukan pepatah Cina yang berbunyi: “Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang.”


Lee Kim Lock yang melarikan diri dari tanah besar Cina akibat hasil tanaman mereka diserang belalang sanggup melakukan apa sekali perkerjaan pun termasuk mengangkat najis manusia.


Selain itu, demi wang, ikatan persaudaraan tidak penting. Malah mereka menikam satu sama lain seperti yang berlaku antara Paman Kok Leng yang menipu keluarga Cina yang dibawanya masuk ke Malaya. Hubungan adik-beradik juga menjadi tegang kerana wang.


Yew Hock lebih percayai oleh bapanya. Dia patuh pada ajaran bapanya, menimbang barang selalu kurang, berjual beli selalu bertegang urat.


Watak positif


Di sebalik watak dan nilai negatif yang ditunjukkan pengarang, pada novel ini menonjolkan watak positif untuk memberi keseimbangan dan memperlihatkan nilai terbaik bangsa dimanfaatkan untuk perpaduan kaum.


Dia terlalu memandang rendah kepada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka malas. Dia mahu menarik keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak dia menganggap mereka seperti sampah. Sekarang baru terasa bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang Melayu itu pun manusia juga. Mereka seperti kita, bukan orang biadap. (Halaman 321)


Satu lagi contoh pada novel ini yang menonjolkan watak positif, bangsa berlainan yang cuba menghormati satu sama lain, boleh dilihat pada petikan ini.


Maniam menyusun jari kedua-dua belah tangannya memberi hormat kepada Mak Limah. Mak Limah tidak tahu apa-apa yang mesti dibuat. Dia melihat Seman dan ketika dia berpaling semula, Maniam telah berjalan jauh sambil menyeret basikalnya.


“Baik orang India tu, Seman,” kata Mak Limah ketika mulai menggobek sirih.


Selain itu, Abdullah Hussain juga cuba memecahkan tembok kasta dengan memperlihatkan bagaimana Maniam diterima bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga penduduk tempatan.


Setelah bapanya meninggal, di kebun yang jauh dari kampungnya itu dia menemui seorang bangsa asing yang dapat dianggapnya sebagai bapanya. Hanyalah kerana berlainan agama dan bangsa yang memisahkan mereka, tetapi dalam pergaulan sebagai manusia Maniam memperlakukannya sebagai anak dan dia menganggap Maniam sebagai bapanya. (Halaman 316)


Justeru, mendakwa Interlok menghina kaum India bukan sahaja tidak tepat tetapi membawa malapetaka terhadap niat murni sasterawan negara itu cuba menegakkan hakikat bahawa masyarakat india memang tahu mengenang budi.


“Orang perempuan Melayu dari Kampung Nyiur Condong juga ada ditahan di sini. Dia ditahan bersama-sama papa, tapi belum disoal siasat lagi,” kata Ramakrrisynan.
“Anaknya mana?” tanya Maniam.


“Anaknya juga ada di sini, tapi tak ditahan. Dia mahu tolong ibunya.”


“Engkau tolonglah dia, Rama. Dia itu macam saudaraku sendiri. Suaminyalah yang menolong menyelamatkan aku dulu.' (Halaman 359)


Kaki kayu


Kisah bangsa Melayu, Cina dan India dalam novel ini sebenarnya dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti terkandung pada bab akhir.


Cerita diakhiri secara simbolik. Yew Seng yang terpaksa dipotong kakinya.


Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Cing Huat berkeras menolaknya. Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah khaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. (Halaman 418)


ABT~ alahai tangan ghaib yang menjadi pengadu domba masyarakat sudah-sudahlah...